in

“Kalau dia jadi Presiden Indonesia, game overlah Asean” – Tri Rismaharini, Datuk Bandar Paling ‘Bengis’ & Terbaik Di Dunia

Untitled Collage 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jarang kita dapat tengok pada era moden ni, seorang pemimpin wanita yang betul-betul menjiwai kerja hakiki dia hingga berani menengking sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan di depan matanya.


Pernah dengar nama Tri Rismarini? Jangan tak tahu, wanita yang mendapat jolokan ‘singa betina’ ini diakui garang nak mati oleh media Indonesia sendiri.

“Emosi Risma Meledak!”

“Amukan Bu Risma!”

“Bu Risma Marah Besar!” 

“Ketika Risma Mengamuk!”

Ini antara headlines media tempatan yang pernah mewarnai career Datuk Bandar Surabaya itu. Ko tak rasa nak terkucil?

Di sebalik ‘kebengisan’ Bu Risma, ada kisah menarik tentang beliau yang sangat mengagumkan dan boleh dijadikan inspirasi oleh kaum ibu-ibu di luar sana.

Seorang pengguna Twitter, ada berkongsi cerita mengenai wanita besi ini.

 

Lihat Bagaimana Dia Transform Surabaya

Bu Risma

Inilah wajahnya kawan-kawan, orang nombor satu di Surabaya.

Gaya kepimpinan Bu Risma memang lain macam, bukan macam kebanyakan yang kita normally lihat di negara ini.

Tapi apa sebenarnya yang Bu Risma ni dah buat, hinggakan dia begitu disayangi oleh penduduk Surabaya — walaupun dia tegas dan garang dalam mengemudi anak buahnya?

Ini sebabnya…

 

Sura1

Sura2

Sura3

Sura4

Dia punya marah bila orang ada orang gurau senda masa dia tengah bagi speech serious. Tengok dia berlari pun dah seram.

Banyak sebenarnya video amukan Bu Risma yang korang boleh cari di YouTube, tapi walaupun dia kuat marah-marah — kerja dia tetap jalan!

Dan kerana kerja keras serta teladan kepimpinan yang ditampilkannya, Bu Risma telah dinobatkan sebagai Datuk Bandar Nombor 3 Terbaik Dunia dari The City Mayors Foundation!

Tri Rismaharini

Meskipun begitu, perjalanan hidup Bu Risma sebagai Datuk Bandar Surabaya bukanlah mudah kerana beliau juga banyak menerima tentangan daripada orang di kiri dan kanan beliau.

Dari situ jelas terlihat, Bu Risma bukan seorang pemimpin yang sengaja gemar mencari perhatian — tapi sebenarnya tulus dalam menjalankan tugasnya dan beliau tidak kisah pun apa yang orang lain nak cakap pasal dia.

 

Surabaya Cantik & Bersih!

Kalau dulu, Surabaya seringkali dihantui masalah udara tercemar dan banjir — namun ia berjaya diselesaikan sehingga kota yang sering menjadi tarikan pelancong itu berubah menjadi bersih dan cantik.

Selain itu, sejak beliau dipilih sebagai Datuk Bandar juga — Surabaya kini memiliki 11 taman yang dilengkapi pelbagai kemudahan antaranya termasuk akses Wi-Fi dan perpustakaan untuk kegunaan pengunjung.

Best kan?

Surabaya1

Surabaya2

Surabaya3

 

Baca: “Selamat tinggal macet” – Kalimantan Bakal Gantikan Jakarta Sebagai Ibu Negara Indonesia

Macet

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.