Jakarta.
Bandar yang dipenuhi keringat dan asap pencemaran dari jutaan mobil dinaiki penghuninya — yang mungkin sehari-harinya banyak dihabiskan ‘menunggu’ untuk pergi dan pulang dari kantor di atas jalan raya kerana ‘macet’.
Siapa yang pernah pergi mesti tahu betapa padatnya metropolitan tu.
Dengan jumlah populasi yang menghampiri angka 50 juta penduduk tahun ini, percaya atau tidak —Jakarta diramal akan tenggelam menjelang 2050!
Sebelum ini para pengkaji melaporkan, Jakarta tenggelam hingga 25 sentimeter setiap tahun — dan ia akan berterusan tenggelam sedikit demi sedikit, sehinggalah 95 peratus wilayah utara di Pulau Jawa itu berada di bawah air dalam tempoh 31 tahun lagi.
Atas faktor itu, pemerintah Indonesia memutuskan untuk memindahkan ibu negaranya ke sebuah lokasi lain — dan Kalimantan, disahkan bakal menggantikan Jakarta sebagai ibu negara baru Indonesia.
Selain memiliki hutan yang luas dan terlindung dari ancaman bencana besar, Kalimantan turut dipilih kerana lokasinya yang terletak di tengah-tengah gugusan Kepulauan Indonesia yang lain.
Bagaimanapun, wilayah mana yang akan dipilih untuk dibangunkan kelak masih belum diumumkan secara rasmi oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo — kerana ia masih dalam penelitian pihaknya.
Antara nama yang disebut-sebut termasuklah Palangka Raya dan Pulang Pisau di Kalimantan Tengah. Manakala di Kalimantan Timur, Bukit Soeharto tercalon sebagai lokasi ibu negara baru Indonesia.
Dan perpindahan itu kelak dijangka menelan belanja sekitar 30 bilion dolar Amerika.
Selain khuatir dengan pertambahan bebanan hutang, rencana tersebut turut mengundang kebimbangan aktivis pelindung alam sekitar mengenai kemungkinan lebih banyak hutan Kalimantan terpaksa dijarah demi melaksanakan sebuah projek mega.
Tapi tak kurang ramai juga yang menyambut baik dan menyokong, kerana ia secara tidak langsung membuka ruang dan peluang untuk pembangunan kepada penduduk di Kalimantan.
Sebenarnya, kalau ada yang belum tahu — bukan Indonesia je yang buat macam ni.
Sejak 100 tahun yang lalu, lebih 30 buah negara di dunia ni dah relocated their capitals.
Atas faktor urbanisasi, Brazil pada 1960 misalnya — telah menukar ibu kotanya dari Rio de Janeiro ke Brasilia kerana kepadatan penduduk yang melampau.
Baca: “Rumah kat rofftop tau” – Wow! Seriouslah Jakarta Ada Rumah Atas Bumbung Bangunan Lain?