in

“Kalau boleh pergi jumpa doktor, kenapa tak boleh masuk office?” – Bos Persoal Staf Cuti MC Sebab Keracunan Makanan

Ft Kenapamc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap staf sememangnya entitled untuk cuti sakit sekurang-kurangnya satu hari setiap bulan, kan? Tapi, ada pula majikan yang jenis persoal bila kita mohon cuti sakit tu. Macam kisah terjadi kepada seorang lelaki ini kerana mempunyai bos yang tidak memahami.

Melalui perkongsiannya di sebuah grup Facebook, lelaki berkenaan telah berkongsi screenshot perbualannya dengan bosnya. Berdasarkan perbualan itu, lelaki berkenaan memaklumkan kepada bosnya bahawa dia tidak sihat dan perlu mengambil cuti sakit.


Mc

Betullah apa yang dia lakukan, sebagai pekerja sememangnya perlu untuk maklumkan kepada ketua department atau bos bila kita dapat MC kan?

Namun, malangnya majikan lelaki itu tidak memahami keadaannya dan malah turut bertanya soalan yang tidak masuk akal. Berikut adalah terjemahan:

Pekerja: Selamat pagi bos. Hari ini saya perlu ambil cuti.

Bos: Apa sebabnya?

Pekerja: Muntah dan cirit birit. Saya rasa keracunan makanan.

Bos: Okay, nanti pergi jumpa doktor dan ambil gambar MC tunjuk pada saya.

Seperti yang disuruh oleh majikannya, lelaki itu terus mengambil gambar sijil cuti sakit diberikan doktor dan tunjukkan pada bos sebagai bukti. Tapi, bila dah hantar ini pula yang bos dia tanya,

Kalau kamu boleh pergi jumpa doktor, kenapa tak boleh datang ke pejabat?”

Meme

Posting lelaki itu mendapat perhatian ramai ahli grup tersebut dan sehingga kini sudah mendapat lebih 400 shares di Facebook. Ramai yang turut memberi komen tentang situasi tersebut di mana rata-ratanya mengkritik dan mempersendakan soalan bosnya itu.

Baca: “Baru sehari start kerja” – Gadis Tipu Majikan, Mengaku Disahkan Positif Covid-19 Sebab Taknak Kerja Sebagai ‘Waitress’

Ft Tipucovid

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.