in

“Baru sehari start kerja” – Gadis Tipu Majikan, Mengaku Disahkan Positif Covid-19 Sebab Taknak Kerja Sebagai ‘Waitress’

Ft Tipucovid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hanya kerana mahu berhenti kerja yang baru diterimanya, seorang remaja perempuan sanggup menipu majikan sehingga menyebabkan kerugian. Menurut FMT, gadis berusia 19 tahun itu baru sehari diterima bekerja di sebuah restoran dekat Skudai sebagai pelayan restoran.


Kata majikannya berusia 32 tahun itu, dia telah menerima mesej di Whatsapp daripada gadis terbabit yang menunukkan gambar sekeping surat. Berdasarkan surat tersebut, pekerjanya itu telah disahkan positif Covid-19!

Covid0

Covid1

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Dzulkhairi Mukhtar berkata, majikannya yang terkejut dengan keputusan itu terus kelam kabut mengarahkan semua 12 pekerja lain membuat swab test.

Sejurus menerima gambar berkenaan, majikan itu menutup restorannya dan pergi ke klinik bersama 12 pekerja lain untuk membuat ujian calitan Covid-19.”

Ujian kemudian mengesahkan majikan dan 12 pekerja terbabit negatif Covid-19.”

Selepas mendapat keputusan kesemua pekerja yang lain, majikannya bertindak bertanya kepada remaja terbabit untuk menceritakan hal yang sebenar. Susulan itu, gadis berkenaan mengaku telah menipu kerana tidak mahu datang bekerja dengan alasan merasakan dirinya tidak sesuai bekerja sebagai pelayan restoran.

Lelaki tersebut kemudian membuat laporan polis tentang hal itu dan remaja berkenaan dilaporkan telah ditahan kira-kira jam 1 tengah hari semalam di sebuah rumah di Mutiara Rini, Skudai.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420/468 Kanun Keseksaan kerana memalsukan laporan keputusan ujian calitan Covid-19. Polis juga akan memohon perintah reman terhadap remaja itu esok supaya siasatan lanjut boleh dilakukan.

Baca: “Sampai masuk penjara” – 6 Pekerja Kilang Didakwa Di Mahkamah Sebab Palsukan MC

Collage 60

Sumber: WOB
Sumber: WOB

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.