in

“Kalau atas takut kena Covid” – Thailand Nak Buka Balik Kedai Urut Tapi Hanya Pinggang Ke Bawah Sahaja

Collage 31

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kedai urut adalah antara perniagaan yang masih belum dibuka kerana ia tak termasuk dalam kategori servis penting, lebih-lebih lagi ia melibatkan sentuhan dan risiko untuk dapat jangkitan pun tinggi.


Bagaimana pun, kementerian kesihatan awam di Thailand bercadang untuk buka semula industri perurutan yang menjadi tarikan utama pelancong di sana TAPI dengan beberapa syarat.

Menurut Coconuts Bangkok, tukang urut hanya boleh melakukan urutan pada beberapa bahagian badan saja tapi tak termasuk leher atau bahu. Malah, urutan hanya akan dibenarkan untuk organ bawah dari pinggang SAHAJA.

C700X420 590X354 1

Thares Karassanairawiwong, pengarah jabatan sokongan perkhidmatan kesihatan mengatakan yang operator kedai urut telah mendesak pihak berkuasa membenarkan mereka untuk buka semula kedai selepas cadangan urutan pinggang ke bawah ini diutarakan.

Thares menerangkan, urutan yang melibatkan leher, bahu dan belakang adalah tidak dibenarkan kerana ia meletakkan pelanggan dalam risiko yang tinggi untuk dijangkiti virus.

Pun begitu, cadangan ini masih dalam perancangan lagi kerana kementerian kesihaan awam di sana perlu mendapatkan persetujuan dari pasukan petugas Covid-19.

Atas ke bawah ke risiko dia sama jugak bahaya.

 

Baca: Urut Tengkuk Di Kedai Gunting Rambut Memang Sedap Tapi Bahaya! Boleh Sebabkan Osteoarthritis Pada Sendi Tengkuk

Screenshot 2020 05 21 At 11.37.21 Am

Sumber: Groupon

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.