Disebalik berita duka yang sedang dialami, ada terselihat kegembiraan yang berlaku kepada Ali Puteh yang merupakan adik kepada arwah Abam.
Lapor Astro Gempak, isterinya Melati Fitri Abdullah kini sedang hamil enam minggu.
Syukur pada mu Ya Allah, sesungguhnya Dia-lah sebaik-baik perancang…Hanya itu yang mampu saya ungkapkan buat masa ini. Di kala saya sedang berduka, Dia berikan kegembiraan buat kami sekeluarga.”
Dalam masa yang sama, Ali masih terkenangkan jika arwah Abam masih lagi disisinya pasti dia akan kongsikan berita gembira ini kepada baangnya itu
“Betapa hebatnya aturan Allah, Dia gantikan arwah Ainul dalam masa yang tidak terduga ini. Cuma, kalau arwah Abam ada dia pasti sangat gembira dan teruja,” katanya sebak.
Ditanya mengenai kandungan isterinya, Ali memberitahu pemeriksaan berkala akan dilakukan mengikut prosedur seperti biasa.
“InsyaAllah, kami akan pergi ke klinik dan jalani pemeriksaan macam ibu hamil lain.Cuma bezanya kali ini, mungkin isteri akan diberikan lebih perhatian kerana pernah ada ‘history’ “(anak mengalami jantung berlubang).
Sebak dan gembira, Ali berterima kasih kepada semua yang banyak mendoakan mereka sekeluarga.
Pada 26 November tahun lalu, Ali telah kehilangan puteri keduanya, Sharifah Nur Ainul Mardhiah yang disahkan meninggal dunia kerana jantung berlubang dan mengalami masalah injap jantung terbalik.
Ainul meninggal dunia selepas 17 hari dirawat di hospital dan menghembuskan nafas terakhir pada usia 3 bulan.
Baca : “Kami terpaksa kuat”- Ali Puteh Jelaskan Keadaan Terkini Ibu & Isteri Abam Sekarang