in

“Kami terpaksa kuat”- Ali Puteh Jelaskan Keadaan Terkini Ibu & Isteri Abam Sekarang

Abam8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak pemergian Abam, adiknya Ali Puteh memberitahu situasi kakak iparnya Nor Hidayah dan ibu masih terkesan dengan kehilangan itu.


Ibunya Sabariah Arshad kini mengalami kesukaran untuk tidur kerana terkenangkan Allayarham.

 

Keadaan ibu sekarang macam biasa lah, dia masih lagi terkenangkan arwah Abam. Waktu siang dia boleh berborak-borak la juga,”

Abam6

Namun, bila waktu malam sahaja, ibunya jadi susah tidur dan akan berborak mengenai arwah sampai lah pukul 3 ke 4 pagi, barulah boleh tidur.

Menurut mstar Online, Ali, isteri dan anak-anaknya kini tinggal bersama ibu, mereka akan teman Sabariah tidur setiap malam. Ali akui dia sendiri masih belum kuat nak terima hakikat namun…

“Walaupun saya sendiri pun masih lagi belum dapat terima hakikat itu tapi juga kuat demi ibu”

 

Cuba bantu isteri dan anak Abam

Abam5 1

Sementara itu, Ali memberitahu dia akan cuba sebaik mungkin untuk menguruskan harta yang ditinggalkan Allayarham.

Katanya lagi, isteri Abam kini lebih banyak berdiam.

“Hidayah memang banyak berdiam tapi saya nampak juga dia ada la berborak dengan tetamu . Insyaallah saya akan cuba membantu isteri dan anak Abam.  Saya akan cuba susun sebaik mungkin harta peninggalan arwah untuk anaknya Hamzah”

Tambah Ali lagi, dia berterima kasih kepada semua tetamu yang masih berterusan menziarahi rumah dan kubur arwah sehingga kini.

Katanya, sudah 4 hari arwah meninggal dunia tapi rumah sentiasa dipenuhi orang ziarah. Dari pagi sampai malam ada sahaja yang melawat mereka, kebanyakannya datang dari jauh.

 

Baca : “Semua lauk arwah nak… ali dah masakkan” – Ali Puteh Tunaikan Permintaan Abam, Masak Gulai Siput Sedut Di Kenduri Tahlil Arwah

Abam4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.