in

“Kalau aku tak dapat, tak siapa boleh dapat” – Pramugari Dibunuh Bekas Teman Lelaki Sebab Ada BF Baru

oakkaay

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dugaan dalam perhubungan ni perkara biasa untuk semua pasangan. Bila dah tak sehaluan, biasanya pasangan bercinta akan memilih untuk putuskan hubungan. Memang susah nak lupakan orang yang pernah kita cinta, tapi hidup ni kena move on.

Tapi ada seorang lelaki di Hong Kong ni sanggup bunuh bekas kekasih dia hanya sebab wanita tu dah ada pengganti.


19170538 a636 11e6 a836
Sumber: SCMP

“Kalau aku tak dapat, tak siapa boleh dapat dia”

Menurut The Star, lelaki bernama Mok Chun-Yin telah ditangkap kerana dipercayai membunuh bekas teman wanita bernama Arbe Chan hanya kerana wanita tu ada teman lelaki baru. Mok dikatakan menyatakan niat untuk membunuh wanita itu kepada rakannya kerana terlalu marah.

Mengaku sangat rindu pada bekas teman wanita selepas mereka berpisah, Mok hilang pertimbangan lepas mendapati wanita tersebut dah lupakan dia dan ada cinta baru. Katanya, dia tak boleh terima jika orang lain dapat apa yang dia tak dapat.

“Kalau aku tak dapat sesuatu, aku takkan biarkan sesiapa dapat,” kata Mok.

Couple 3
Sumber: The True Net

Chan setuju kembali bersama, tapi kantoi ada boyfriend lain

Kerana terlalu rindukan Chan, Mok sentiasa memeriksa jadual kerja wanita tersebut untuk melihat jika dia boleh mengajaknya berjumpa. Mereka kemudiannya berjumpa dan Mok berniat untuk meminta mereka menyambung kembali perhubungan mereka.

Memutuskan untuk berjumpa di rumah Chan, mereka khabarnya bersetuju untuk kembali bersama. Tapi Mok sangat terkejut selepas dapat tahu Chan dah ada teman lelaki baru after periksa telefon bimbit wanita tu.

allway gardens net
Sumber: SCMP

Cekik sampai mati, simpan mayat wanita dalam almari

Macam hilang akal, Mok terus cekik Chan sampai mati bila tahu pasal ni. Selepas tu dia simpan mayat wanita yang bekerja sebagai pramugari tu dalam almari. Gila ke apa?! Walaupun tinggal bersama keluarga, tiada siapa sedar mayat Chan berada dalam flat tersebut.

Lepas ahli keluarga dimaklumkan rakan sekerja Chan yang wanita tu tak datang kerja, waktu tu lah mayat dalam almari tu ditemui. Itupun jumpa lepas empat hari.

Capture 8
Sumber: SCMP

Mok tak mengaku bunuh teman wanita

Mok lepas tu ditangkap tetapi tak mengaku bersalah atas perbuatannya. Katanya dia tak mungkin akan bunuh wanita tu dan tak akan mungkin berniat pun nak bunuh bekas kekasih dia tu. Dah pulak.

Kes ini telah dibicarakan dan sedang menunggu jawapan juri untuk memutuskan sama ada Mok bersalah ataupun tidak. Putus cinta tu memang pedih, tapi takkan la sampai bunuh bekas kekasih sebab dia ada teman lelaki baru.

saasasa
Sumber: The Star

Korang kalau putus cinta tu, make sure jangan buat benda bukan-bukan dan dapatkan bantuan yang betul kalau susah nak move on ye!

Baca: Lelaki Terkejut Rakan Serumah Sorok Mayat Teman Wanita Dalam Almari

sdkfn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.