Dalam keadaan marah, kita selalunya tak boleh fikir apa yang kita cakap atau kawal perbuatan kita. Tapi, ini bukan alasan untuk kita bertindak ganas.
Seperti lelaki dari Singapura ini yang menumbuk perut kekasihnya yang sedang hamil dan muka anaknya yang baru berusia tiga tahun.
Menurut The Star, lelaki ini telah didakwa kerana menumbuk muka kekasihnya pada 12 Jun yang lalu.
Dalam perbicaraan itu juga, pendakwaraya Chee Ee Ling mendedahkan pada 13 Jun, anak perempuan kepada wanita malang ini telah melawat ibunya telahbersemuka dengan lelaki tersebut selepas dia lihat kecederaan pada ibunya.
Remaja berusia 16 tahun itu telah menyuruh wanita tersebut menggugurkan kandungan kerana dia tak percaya teman lelaki ibunya itu mampu menjaganya selain personaliti lelaki itu yang ganas.
Marah dengan kenyataan anak kekasihnya ini, lelaki tersebut telah menumbuk perut wanita malang yang sedang hamil itu sebanyak tiga kali.
Tak cukup dengan itu, dia telah menarik lengan dan rambut remaja tersebut. Namun remaja tersebut tidak mendiamkan diri. Sebaliknya, dia melakukan provokasi dengan bertanya apa yang lelaki ini rasa kalau anak kandungnya dipukul.
Tanpa membuang masa, lelaki ini meluru ke arah anak kandungnya yang sedang berehat di atas katil dan menumbuk muka serta menarik rambut anaknya. Melampau betul!
Bukan pertama kali berlaku…
Difahamkan, ini bukan kes pertama, lelaki tersebut pernah bergaduh dengan kekasihnya pada 12 Mac lepas mendakawa kekasihnya curang.
Sewaktu kejadian, lelaki itu bertindak untuk putuskan hubungan dan mengunci pintu rumah untuk menghalang wanita ini dari keluar. Tak cukup dengan itu, lelaki ini telah mencekik wanita tersebut dan memecahkan telefon bimbit wanita tersebut untuk menghalangnya dari menelefon polis.
“Kalau aku tak dapat kau, orang lain pun tak boleh dapat kau.”
Disebabkan tak tahan, wanita tersebut telah melaporkan semua kejadian yang berlaku kepada polis dan lelaki ini telahpun dijatuhi hukuman 8 bulan penjara. Tu je?
Melampau betul marah sampai anak sendiri pun dia boleh tumbuk. Geram betul admin dengan lelaki ni!
Baca: Tengah Baca Quran Tiba-tiba Bapa Pukul Dengan Tukul Hanya Sebab Tak Dapat Cari Kerja