Muay Thai merupakan satu sukan seni mempertahankan diri yang berasal dari negara jiran kita, Thailand.
Terbaru, seorang atlet Muay Thai Malaysia, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar atau lebih dikenali sebagai Jojo Ghazali mencipta sejarah apabila menjadi atlet Muay Thai termuda yang berjaya mendapatkan kontrak ONE Championship Thailand bernilai AS$100,000 (RM467,000).
Artikel berkaitan: “Yang lain tengok je?” – Tular Video Bertumbuk Ala ‘Muay Thai’, Polis Buru 2 Pelajar
Artikel berkaitan: Guna Serangan Knockout, Atlet Muay Thai Malaysia Berjaya Tumbangkan Lawan Hanya 16 Saat
Jojo Ghazali memperolehi kontrak tersebut selepas menumpaskan Temirlan Bekmurzaev dari Rusia secara knockout (KO) dalam perlawanan yang dilangsungkan di Bangkok, Thailand hujung minggu lalu.
AS GOOD AS ADVERTISED ? 16-year-old Johan Ghazali ???? shuts down Temirlan Bekmurzaev with a liver shot!#ONEFridayFights36 | ? Live Now
? Live TV broadcast in 190+ countries (check local listings) pic.twitter.com/inCNwIOvuW— ONE Championship (@ONEChampionship) October 6, 2023
Tidak cukup dengan itu, atlet yang baru berusia 17 tahun yang mewakili Rentap Muay Thai Gym di Sarawak itu juga mendapat bonus kemenangan bernilai 350,000 baht (RM46,500).
“Ini gila, ini gila…Saya akan memasuki usia 17 tahun bulan hadapan. Saya mendapat kontrak ONE Championship sebelum memiliki lesen memandu, jadi ini sangat gila.
Sejujurnya sejak memulakan karier, saya sentiasa bersedia untuk kejayaan ini tetapi ini hanya satu permulaan.
Saya telah buktikan hari ini bahawa Malaysia Boleh! Terima kasih Malaysia,” katanya.
Menurut laporan Utusan Malaysia, kontrak tersebut diberkan untuk tempoh dua tahun dan akan membabitkan enam pertarungan, jika berjaya Jojo boleh menerima bonus sehingga AS$50,000 (RM233,500) selain berpeluang merebut tali pinggang kejuaraan.
Power lah Jojo!
Sumber: Utusan Malaysia, ONE Championship