in

Kalah Teruk 3 Kali Berturut-turut, Penyokong Kelantan FC Buat Formasi Emoji Sedih

Kelantan Fc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pasukan Kelantan FC menemui kekalahan besar selepas tewas 2-11 dalam perlawanan menentang Selangor FC di Kota Bharu semalam.


Kekalahan besar itu adalah untuk kali ketiga berturut-turut dalam tempoh kurang sebulan. Sebelum ini, pasukan The Red Warrior itu telah tewas 0-8 dalam aksi menentang Terengganu FC dan 10-0 ketika berhadapan Johor Darul Ta’zim.

Kecewa dengan prestasi pasukan mereka, sekumpulan penyokong yang menyaksikan perlawan menentang Selangor FC di Stadium Sultan Mahmud ke-IV, Kota Bharu membentuk formasi emoji sedih. Perkara itu sempat dirakam wartawan.

Screenshot 2023 08 26 At 2.11.19 Pm

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TRW Kelantan FC, Ahmad Muzakkir Hamid dalam hantaran di laman sosial Facebook memaklumkan pihaknya akan bertanggungjawab penuh terhadap kekalahan TRW malam tadi.

Kelantan FC dilihat terus dibaham lawan selepas gagal mendaftarkan empat import baharu dengan hanya beraksi dengan satu import, Natanael Siringo Ringo dalam baki saingan liga musim ini.

Sumber: Berita Harian

Baca: “Steady!” – Kalah 10-0 Dengan Harimau Malaya, Penyokong Papua New Guinea Dipuji Masih Bersemangat

Screenshot 2023 08 26 At 2.13.08 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.