in

“Kak long sebenar” – Wanita ‘Smackdown’ Lelaki Selepas Curi Telefon Miliknya

Wanita Smackdown Lelaki Selepas Curi Telefon Miliknya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes jenayah sekarang ni memang semakin menjadi-jadi dan susah untuk dibendung. Jenayah boleh jadi kat mana-mana sahaja termasuklah depan rumah sendiri. Kebanyakan penjenayah yang ditangkap pun mengaku yang mereka ni dalam kesempitan hidup dan terlibat dengan gejala sosial.


Jadi bagi golongan easy target terutama sekali wanita, kanak-kanak dan orang tua, kita digalakkan untuk sentiasa peka dengan situasi sekeliling dan ambil langkah pencegahan dengan sentiasa bawa self defense kit kat mana sahaja kita pergi. Korang boleh beli secara online tau kit ni!

Kita juga boleh belajar seni ilmu mempertahankan diri macam silat, taekwondo atau Muay Thai. Mana tau kita boleh manfaatkan seni ni di waktu-waktu kecemasan yang kita sendiri tak jangka.

Baru-baru ni menurut Kosmo!, ada sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang wanita yang memukul dan membantai seorang lelaki yang disyaki mencuri telefon bimbit. Video yang dimuatnaik tersebut telah dirakam oleh salah seorang saksi kejadian serta dikatakan berlaku di Mataraman, daerah banjar Kalimantan Selatan.

Smack

Menerusi video tersebut, seorang wanita berbaju biru kelawar dilihat memukul pencuri terbabit sambil disaksikan oleh orang awam yang mengelilingi tempat kejadian. Pada mulanya, pencuri itu kelihatan melawan namun wanita tersebut pantas menjatuhkan lelaki itu ke tanah ala-ala teknik gusti ‘smackdown’. Powerlah akak ni!

Ketika wanita itu terus tendang pencuri yang masih terbaring kat lantai, ada seorang lelaki cuba menenangkan beliau tapi tak berhasil. Lelaki ni pulak ditolak ke belakang. Ramai netizen yang kagum dengan wanita ni dan ada yang rasa macam mimpi bila pencuri kena pukul.

Korang berani tak nak pukul pencuri macam akak ni?

Baca: “Telan Rantai Emas Elak Kantoi, Polis Paksa Pencuri Makan Julap Untuk Keluarkan Semula”

Cedih

 

Sumber: UtusanTV

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.