in

Kak KM Sampai Demam Sebab Isu ‘Kaya Solat Subuh’, Anak Perjelas Ada Pihak Putar Belit Cerita

Ft Anak Kak Km Bagi Respon

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini usahawan sensasi, Kak KM atau Liana Rosli sekali lagi terpalit dengan kontroversi berikutan dengan kenyataannya yang dikatakan telah disalah erti oleh segelintir pihak.


Ianya berpunca daripada kenyataan Kak KM yang kongsikan petua jika ingin membeli rumah baharu berdasarkan amalan ‘Feng Shui’.

Artikel Berkaitan : “Jangan nak ajar-ajar orang” – Dikritik Percaya Feng Shui Beri Kekayaan, Kak KM Bidas Netizen

Artikel Berkaitan : [VIDEO] Normah Damanhuri Menangis, Terharu Kak KM Belikan Kereta ‘Cash’ Lebih RM100,000

“Feng Shui yang bagus, depan tasik putaran angin yang betul siapa yang beli tanah kat sini.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by lianarosli (@lianarosli_official)

Kenyataan dan perkongsian itu sekaligus telah mengundang pertikaian netizen yang anggap Kak KM seolah-olah mengetepikan ajaran Islam.

Ada pihak berkata bahawa Kak KM harus mengamalkan solat 2 rakaat seusai mengerjakan solat Subuh jika ingin kaya. Susulan itu, Kak KM mempersoalkan semula individu tersebut sama ada dirinya sudah kaya atau tidak jika melakukan perkara sedemikian.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by lianarosli (@lianarosli_official)

Disebabkan itu, Kak KM tular kerana ada pihak mendakwa bahawa Kak KM cuba memperlekehkan orang yang amalkan solat Subuh itu tak kaya dan lebih suka percayakan Feng Shui.

 

Isu solat Subuh rupanya fitnah semata-mata?

Susulan itu, menerusi TikTok, anak kepada Kak KM ada menunjukkan klip rakaman suara daripada ibunya itu yang menjelaskan hal sebenar.

“Dia kata, kalau kau nak kaya Kak KM, lepas solat Subuh kau kena buat solat 2 rakaat. Lepas mama tanya dia balik, benda tu kau tak payah ajar aku sebab aku ni sembahyang memang tak tunjuk.”

“Tapi aku nak tahu juga, kau yang buat tu kau dah kaya ke belum, jangan nak ajar-ajar orang, mama cakap macam tu. Lepas tu dia pusing, dia kata, mama kata siapa yang buat solat 2 rakaat tu tak kaya pun? Baik ikut Feng Shui. Apa tu kak? Mama betul-betul tak boleh terima dengan benda ni. Tapi mama memang demam terus ni…”

Malah Kak KM juga mengatakan bahawa dia asyik menangis dan fitnah yang dia terima kali ini agak dahsyat. Katanya lagi, dia asyik menangis dari pagi dan kini sedang demam kerana fitnah tersebut.

https://www.tiktok.com/@smexyshawty/video/7303091114460892417?embed_source=121355059%2C121351166%2C121331973%2C120811592%2C120810756%3Bnull%3Bembed_blank&refer=embed&referer_url=ohmedia.my%2Ftrending%2Faku-anak-takkan-diam-kak-km-demam-menangis-dari-pagi-gara-gara-difitnah%2F%3Ffbclid%3DIwAR2gIThm9k3UTFmbTTa8sbVSDU6T3ym-C4BCqYx_m4ldauO3XHSzxqUk1f0&referer_video_id=7303091114460892417

Jelas anaknya, Kak KM membuat keputusan untuk tidak melakukan sebarang kenyataan tetapi dia berasa marah dengan sikap segelintir pihak yang putar belit kenyataan ibunya itu.

Harap isu ini dapatlah diperbetulkan dengan segera.

Sumber : Instagram, TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.