in

[VIDEO] Normah Damanhuri Menangis, Terharu Kak KM Belikan Kereta ‘Cash’ Lebih RM100,000

Kak Km Hadiah Kereta Honda

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya mana-mana ibu bapa akan berasa sangat gembira bila anak kesayangan memberi kejutan tak kisahlah daripada segi keputusan peperiksaan atau kejutan hadiah sebagai tanda terima kasih kerana telah banyak berjasa kepada mereka.

Baru-baru ini, pelakon veteran popular Normah Damanhuri sebak apabila anaknya yang juga seorang usahawan, Kak KM menghadiahkan sebuah kereta jenis Honda yang dibeli secara tunai.


Kak KM hadiahkan Honda RM102,200 kepada Normah Damanhuri

Menerusi satu perkongsian di laman Instagram Kak KM @lianarosli_official atau nama sebenarnya Liana Rosli berkata dia sengaja melakukan kejutan tersebut sebagai tanda kasih sayang terhadap ibunya.

https://www.instagram.com/tv/CfGxHWNpqk8/?igshid=YmMyMTA2M2Y%3D

Menurut Kak KM, ibunya yang berusia 68 tahun itu ada menyatakan hasrat untuk membeli kereta sebelum dia mengambil keputusan untuk menunaikan sahaja impian orang tersayang. Normah Damanhuri juga nampak sangat gembira dan terharu kerana tak sangka Kak KM buat kejutan sebesar itu.

9

Rakaman berdurasi hampir seminit itu memaparkan dramatis berkenaan menangis terharu apabila anaknya mengeluarkan cek bagi melakukan proses pembayaran sebanyak RM102,200 di sebuah pusat jualan kereta.

Selain kereta, Kak KM sebelum ini juga pernah menghadiahkan gelang emas besar dan sebuah rumah di kampung halaman kepada ibu tercinta.

Tak hairan rezeki melimpah ruah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sifat pemurah Kak KM dan tidak lupa membahagiakan ibunya walaupun sibuk menguruskan perniagaan.

7 4

Bila kita bahagiakan ibu bapa, mesti hidup akan rasa tenang dan gembira je..betul tak?

Baca: “MCMC Jalankan Siasatan ‘Aksi Tepuk Punggung’, Kak KM Berdepan Hukuman Penjara”

8 6

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.