in

“Jangan nak ajar-ajar orang” – Dikritik Percaya Feng Shui Beri Kekayaan, Kak KM Bidas Netizen

Kak Km Feng Shui

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Usahawan sensasi, Liana Rosli atau lebih dikenali dengan panggilan Kak KM mengundang kritikan netizen apabila menyatakan Feng Shui yang baik sebagai salah satu sebab tanah tersebut sesuai untuk dibeli.

Pun begitu, Kak KM membidas kritikan netizen yang mengecam tindakannya yang mempercayai manfaat dan kebaikan Feng Shui untuk lokasi kediaman.


Menerusi hantaran di Instagram, Kak KM mempertahankan dirinya dengan menyelar individu yang mengkritiknya tanpa mengetahui asas kebenarannya.

Artikel berkaitan: “Minta maaf pun takde” – Kak KM Mengamuk Suami Langgar Tembok Sampai Kereta Rosak

Artikel berkaitan: [VIDEO] Normah Damanhuri Menangis, Terharu Kak KM Belikan Kereta ‘Cash’ Lebih RM100,000

 

View this post on Instagram

 

A post shared by lianarosli (@lianarosli_official)

“Apa benda pagi-pagi buta, ‘Kak KM jangan khurafat. Kak KM kalau nak kaya kena solat dua rakaat selepas solat subuh. Kau buat ke tak solat dua rakaat? Dah kaya belum?

“Jangan nak ajar-ajar orang, jangan sesekali. Kita belum tentu betul ke tak. Jangan main cakap sebarangan. Macam bagus saja kau. Kelakar.

“Nak cerita, oh tanah. Orang kaya memang macam itu bodoh. Beli tanah, jual tanah. Ada aset, kumpul aset. Jangan main cakap,” katanya.

Tambahnya, jika seseorang itu tidak tahu menahu tentang bisnes jual beli tanah, mereka seharusnya perlu bertanya dan tidak tunjuk pandai.

“Kau yang tak pernah buat apa-apa bisnes pasal tanah tak tahu apa, patut bertanya. Jangan tunjuk pandai, tunjuk hebat. Lepas itu, kau ajak ramai-ramai untuk kondem orang,” katanya.

Dalam pada itu, Kak KM berkata netizen yang sibuk mengkritiknya itu mempunyai penyakit iri hati dan cemburu melihat kejayaan orang lain.

Sekadar info, Feng Shui adalah amalan dan kepercayaan orang Cina kuno yang mengaku dapat mengumpul kekuatan tenaga dan membentuk keharmonian antara individu dan persekitarannya.

Kepercayaan ini sering digunakan ketika berpindah ke rumah baru atau apabila ingin meningkatkan tenaga dalam kediaman.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.