in

Kajian Tunjukkan Wanita Lebih Pandai Sorok Kecurangan Dari Lelaki, Betul Ke?

Collage 28

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak akhir-akhir ni kita asyik baca cerita wanita bongkar kecurangan lelaki je kan? Takkan lelaki je curang? Perempuan pun ada juga yang tak setia. Tapi, kenapa kita lagi banyak dengar cerita lelaki curang je?


Menurut kajian, saintis mendedahkan yang lelaki lebih sukar untuk detect pasangan dorang curang. Namun lain pula bagi wanita, dorang kalau tengok muka pasangan pun dah boleh tahu kalau pasangan dorang ni curang ke tak. Ha, jangan main-main dengan naluri wanita.

Menurut The Star, pengkaji dari Universiti Australia Barat telah menjalankan eksperimen di mana mereka telah menunjukkan sebanyak 189 gambar lelaki dan wanita kulit putih (101 lelaki dan 88 wanita) kepada 1,500 peserta.

Peserta-peserta ini kemudiannya disuruh untuk meneka dalam skala 1 hingga 10 sama ada orang-orang dalam gambar tersebut ada potensi untuk curang atau tidak 1 (tak akan curang) – 10 (confirm curang).

Keputusan kajian menunjukkan kedua-dua peserta lelaki dan wanita boleh meneka dengan tepat lelaki dalam gambar mana yang ada potensi untuk curang dan mana tidak.

Pengkaji juga ada menyebut satu kajian yang menunjukkan 70 peratus orang dari 50 budaya berlainan mengaku yang mereka pernah cuba mengorat pasangan orang lain dan 60 peratus dari mereka berjaya memikat pasangan orang lain.

Saintis berkata, dalam kajian ini, mereka dapati lelaki boleh detect lelaki lain curang tapi wanita sendiri tak boleh detect kalau wanita lain curang atau tak.

“Mungkin dari muka lelaki, boleh nampak kejujuran. Jadi, kalau mereka tipu, orang boleh tahu.”

Menurut World Of Buzz, kaji selidik oleh The Guardian menunjukkan lelaki muka “maskulin” lebih berpotensi untuk curang dan beberapa lelaki berwajah “maskulin” juga mengaku mereka pernah curang atau mengorat pasangan orang lain.

Bagaimanapun, pengkaji menyarankan supaya kita jangan menilai seseorang dari luaran. Mungkin muka nampak macam playboy tapi sebenarnya setia. Kita tak tahu kan?

Korang setuju tak dengan kajian ni?

 

Baca: “Kau tu kotor, jijik, cacat” – Suami Curang Lepas Muka Isteri Hancur Akibat Kemalangan Motosikal

Screenshot 2019 04 17 At 7.33.01 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.