in

Kajian PPIM: Majoriti Minta Ban Alkohol, Karaoke & Penjualan Air Manis, Bukan Rokok & Vape Sahaja

Ft Kajian Ppim Larang Jual Air Manis 1 E1656757101705

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selain ban terhadap pembelian rokok dan vape yang diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin baru-baru ini, ramai rakyat Malaysia mencadangkan kerajaan juga perlu jalani larangan terhadap tabiat lain termasuklah meminum arak dan minuman manis serta perjudian, kelab malam, karaoke dan pub kepada generasi akan datang, menurut Persatuan Pengguna Islam Malaysia.


 

Haram jualan alkohol dan minuman manis

71468392561 Nadzimjohan

Cadangan itu diperoleh menerusi satu tinjauan yang dijalankan oleh PPIM secara atas talian dan telah meraih 1,259 responden.

Ia bertujuan begi memahami pendangan orang ramai mengenai larangan untuk tabiat negatif lain seperti merokok dan vape untuk generasi yang akan datang.

Hasil tinjauan mendapati bahawa:

  • 89% mahukan Kerajaan mengharamkan arak
  • 69% mahukan Kerajaan mengharamkan penjualan minuman manis
  • 86% mahukan Kerajaan mengharamkan perjudian
  • 79% mahukan Kerajaan mengharamkan operasi kelab malam, karaoke dan pub

Tak setuju buat larangan penuh sebab….

Sebelum ini kerajaan ada umumkan larangan merokok serta penjualannya dan vape untuk mereka yang lahir pada tahun 2005 keatas.

Disebabkan itu, ketua aktivis persatuan tersebut, Datuk Nadzim Johan tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan membuat larangan penuh pada penggunaan dan penjualan untuk sesuatu produk itu kepada generasi muda ini biarpun ia ada bertujuan positif.

Ini kerana beliau berpendapat bahawa larangan tersebut akan membawa kepada masalah lain antaranya peningkatan pasaran gelap dan juga aktiviti-aktiviti jenayah yang lain.

Screenshot 2022 06 09 114752

Selain daripada kesukaran dari segi penguatkuasaan, ini secara tidak langsung bakal memberi bebanan kepada agensi penguatkuasaan serta menjadikan pengguna dewasa menjadi penjenayah.

“Kita juga maklum produk-produk dan perkhidmatan lain juga memberi kesan yang negatif kepada pengguna. Sebagai contoh, arak boleh merosakkan anak bangsa, minuman manis memberikan kesan kepada kesihatan, perjudian boleh menyebabkan rakyat terjerumus dengan hutang.

“Dan sekiranya Kerajaan bernekad untuk memperkenalkan larangan untuk merokok dan vape atas sebab kemudaratan kesihatan, ramai juga telah bersuara untuk menyaran Kerajaan mengenakan larangan yang sama untuk Kerajaan membasmi semua tabiat-tabiat yang negatif kepada generasi akan datang.”

Baca : PPIM Kongsi Senarai Logo Halal Diiktiraf JAKIM Bagi Barangan Import

Fi Halal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.