in

“Tidak masuk akal” – Aktivis Dakwa Undi18 Jadi Punca Keadaan Politik Tidak Menentu?

Iygeuvhscdliaso

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sehingga hari ini, Malaysia masih belum lagi mendapat jawapan siapakah yang bakal menjadi Perdana Menteri ke-10 dan parti politik mana yang bakal mentadbir negara.



Perkara sebegini juga difahamkan terjadi kerana tiada majoriti mudah diraih oleh mana-mana parti politik selepas sahaja Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan pada Sabtu lalu.

Aktivis dakwa Undi18 punca keadaan politik tak menentu?

Namun baru-baru ini, seorang aktivis telah mendakwa bahawa Undi18 antara satu punca politik negara kini berada dalam keadaan tidak menentu serta tiada pemerintah dapat ditentukan walaupun sudah tiga hari sejak PRU15 diadakan.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pada usia 18 tahun pelajar baru tamat sekolah menengah dan kebanyakan mereka masih tidak mengenali dunia politik.

537359

“Tidak masuk akal betul perkara ini dilaksanakan, kalau macam itu lebih baik bagi pelajar 12 tahun pun untuk mengundi, sama sahaja pengetahuan kebanyakan pelajar tersebut.”

Dia juga mengatakan kepada Utusan Malaysia walaupun kerajaan berjaya dibentuk dalam masa terdekat ini, ia tetap akan lemah kerana tidak membawa suara demokrasi rakyat.

“Rakyat sudah hilang keyakinan terhadap mana-mana kerajaan. Banyak keputusan yang dilaksanakan tidak munasabah dan sistem ini perlu dikaji semula dengan lebih serius dengan mengambil kira pendapat NGO.”

Sementara itu, Presiden Lembaga Perlindungan dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM), Dr. Lee Nan Sang menasihati para ahli politik agar perkara ini diselesaikan secepat mungkin agar tidak berlaku sebarang kemungkinan buruk kepada rakyat dan negara.

Screenshot 2022 11 23 At 10.08.53 Am

“Rakyat bimbang perkara yang akan terjadi dan hilang keyakinan dengan pentadbiran negara, di samping nilai ringgit dan saham juga akan terus terjejas.”

Terdahulu, tiada mana-mana parti berjaya memperoleh majoriti lebih 50 peratus daripada keseluruhan jumlah 219 kerusi dipertandingkan bagi peringkat Parlimen pada PRU15.

Pakatan Harapan (PH) memenangi sebanyak 76 kerusi di peringkat Parlimen, diikuti Perikatan Nasional (PN) 51 kerusi, Barisan Nasional (BN) 30 kerusi dan masing-masing 22 kerusi bagi Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan PAS.

Korang rasa patut ke Undi18 perlu dituduh asbab perkara sebegini berlaku?

Baca: “Mana undi kami?” – 18 Remaja Nak Saman PM, Kerajaan & SPR Kerana Tangguh Undi18

Screenshot 2022 11 23 At 10.18.30 Am

 

Sumber: Portal
Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.