Adalah perkara biasa untuk seorang ibu yang baru melahirkan mempunyai sedikit pendarahan, rasa tidak selesa dan keletihan. Waktu berpantang pula adalah masa yang tepat untuk berehat so that mereka dapat kembali sembuh seperti sediakala.
Seorang pengguna Facebook bernama Noradilah Amiruddin telah berkongsi insiden yang berlaku kepada birasnya yang dah bersalin kira-kira empat bulan yang lalu gara-gara kecuaian pihak hospital. Katanya,
“Saya boleh nampak raut wajahnya yang pucat dan tak bertenaga walaupun selepas tempoh berpantang.”
Mangsa sendiri juga turut share dan mengatakan bahawa dia menderita sakit dan pendarahan tanpa henti selain ada bau busuk.
“Saya terpaksa pakai pad setiap hari selama empat bulan. Boleh bayangkan tak?”
![f1](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2018/07/f1.jpg)
Suami mangsa then bawa isterinya ke beberapa klinik dan katanya doktor hanya scan dan memberikan ubat antibiotik. Tapi bila isterinya masih tak sihat, dorang pun pergi dapatkan rawatan di hospital swasta pulak. Dorang sangatlah terkejut bila doktor keluarkan kain kasa yang dah membusuk dari faraj! OMG!
![f2](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2018/07/f2.jpg)
“Akibat kecuaian ni, Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban patut bertanggungjawab kerana tidak melakukan kerja dengan baik dan cuai serta membahayanya nyawa saya.”
Noradilah juga geram kerana kecuaian orang lain, orang lain yang terpaksa menanggung kesakitan. Suami mangsa juga berkata,
“Saya tak perlu publisiti. Saya tak hairan pun pasal saman,” katanya di Facebook.
Orang ramai yang membaca hal ini turut terkejut dan mendoakan supaya perkara macam ni takkan terjadi lagi.
![ca](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2018/07/ca.jpg)
Takutnya jadi macam ni. Mintak jauh!
Baca: Doktor Kerajaan Dedah Sebab-sebab Kenapa Hospital di Malaysia Boleh Ancam Nyawa pesakit