in

“Kadang-kadang maid dah berpakat dgn agen”- Wanita Kerugian Puluhan Ribu Ringgit, Maid Larikan Diri Lepas 3 Hari Kerja

Feat 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di Malaysia ni kita selalu dengar kes majikan mendera pembantu rumah atau maid. Malah ada yang sehingga menyebabkan kecacatan atau parut kekal pada maid tersebut sekaligus membuatkan maid-maid ini takut untuk bekerja dengan majikan di Malaysia.


Namun kali ini sebaliknya yang berlaku apabila maid ‘menganiaya’ majikannya sendiri..Ini kes naya ni weh!

 

Tak sampai 72 jam kerja, dah curi barang majikan bernilai puluhan ribu ringgit lepastu tinggalkan bayi berikat kat kerusi

Kes ini dikongsikan seorang pengguna facebook, Liz Muhammad yang terpaksa berdepan detik ‘hitam’ tersebut selepas maid yang diupahnya mencuri barangan berharga selepas kerja di rumahnya kurang daripada 72 jam.

Salam semua…

mintak tlg kwn2 kalau jumpa maid ni serah pd polis…saya br ambil 3 hari maid ni pagi smlm dia lari ambil byk barang berharga kerugian puluhan ribu bersama luggage saya yg paling sedih dia sanggup tinggal kan bayi saya berikat dia kerusi bayi lebih 3 jam sblm di selamatkan mgt office pd pukul 12…saya yg berasa x sedap hati dr pagi smlm call rumah x berangkat jadi kami decide utk balik dan inform security…

tlg jasa baik rakan2 amatlah dihargai…saya xnak terjadi perkara yg sama pd org lain dan ank2 yg x berdosa…aminn..#pdrm

53302319 10210290684024041 5826821876663451648 N

Liz berkata dia turut meminta pihak pengurusan kondominium tempat tinggalnya untuk membuat pemeriksaan di rumahnya itu sementara dia on the way balik.

 

Curi barangan berjenama antaranya Handphone Samsung, Jam G-Shock dan Tissot termasuk Ipad Mini

Korang nak tau apa yang pihak pengurusan itu dapat hasil pemeriksaan tu? Sampai-sampai je dorang dapati yang pintu rumah itu dah terbuka, barang-barang di dalam rumah berselerak dan bayi ditinggalkan di ruang tamu dalam keadaan menangis..Ish melampau betul lah!

Liz berkata antara barang yang dibawa lari oleh maid warganegara Indonesia tersebut ialah :

Ipad Mini 2
2 unit Samsung J Prime (handphone anak)
2 Utas Jam Tangan G-Shock
3 Utas Jam Tangan Jenama Tissot

Dan barangan-barangan lain yang dibawa lari menggunakan ‘luggage bag‘ berwarna ungu.

53284427 10210290683824036 7977906708712259584 N
Sumber : facebook

Bagaimanapun Liz berkata dia telah membuat aduan kepada pihak polis berhubung kejadian tersebut.

Malah dia turut meminta mana-mana pihak yang ternampak atau tahu dimana ‘maid’ tersebut berada untuk tampil dan bagi maklumat di balai polis terdekat.

53407623 10210290684544054 729040363141988352 N
Sumber : facebook

So kalau korang kat luar sana ternampak maid seperti yang diatas ni, apa kata rajin-rajinkan diri maklumkan kat balai polis terdekat. Kita bantu semampu kita okey!

Baca : Cerita Sebenar Disebalik Gambar Makan Sambil Biarkan Maid Kat Tepi Tanpa Pelawa Di Restoran Yang Viral

Maid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.