in

Cerita Sebenar Disebalik Gambar Makan Sambil Biarkan ‘Maid’ Kat Tepi Tanpa Pelawa Di Restoran Yang Viral

Maidd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini gambar sekeluarga sedang makan-makan di restoran sambil membiarkan ‘orang gaji’ duduk tanpa diberikan sebarang makanan viral di Twitter.


Tweet tersebut telah meraih lebih daripada 12,000 retweets dalam masa 24 jam kerana ia disifatkan sebagai satu diskriminasi terhadap golongan-golongan pekerja asing.

Susulan itu, rakan daripada tuan empunya badan dalam gambar tersebut tampil menjelaskan cerita sebenar.

 

“Saya harap korang kena keracunan makanan”

Maid 1 Maid2 2

Menerusi khabar angin tersebut, orang yang merakam gambar keluarga ini menjelaskan bahawa sikap keluarga ini tidak berperikemanusiaan.

Dia juga membandingkan dengan dirinya yang di didik untuk sentiasa bersikap rendah diri kepada pembantu rumah.

Ekoran dengan penularan itu, khabar angin ini sampai ke mata dan telinga tuan empunya badan dan menyebabkan dia rasa down rentetan dengan cerita yang tak benar itu.

 

Kebenaran disebalik gambar ini

Maid4

Rakan kepada tuan empunya badan ini tampil menceritakan hal sebenar. Menurutnya, mereka ini tidaklah sekejam mana seperti yang didakwa oleh orang yang menyebarkan gambar tersebut.

Maid5

Menurut rakannya yang dikenali sebagai Meera Samanther, sebenarnya Lin (orang dalam gambar) ini sibuk sehari suntuk bersama pembantunya yang digelar sebagai Melissa, Lin juga ada bertemu dengan rakan dan keluarganya.

Pada masa itu Lin dan Melissa sudah makan, tapi ibunya belum, jadi mereka temani ibunya makan bersama. Pada waktu itu Melissa enggan untuk pesan makan sebab dah kenyang, tapi Lin ada jamah sedikit makanan yang di pesan oleh ibu.

 

Pembantu rumah yang tak nak makan

Maid6

 

Tweet itu sangat tak adil dan tak benar!

Maid7

Jelaslah disini bahawa apa yang kita lihat tidak sepatutnya kita percaya, jangan terlalu cepat menilai apabila melihat situasi seseorang.

 

Baca : Pembantu Rumah Hidap Kanser, Apa Yang Majikan Ini Lakukan Akan Buat Anda Sebak

Og10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.