in

“#justicforbella macam mustahil” – Fynn Jamal Kongsi Pengalaman Pergi Perbicaraan Kes Dera Bella

Collage 33

Selepas tular gambar dan video menunjukkan kecederaan yang berlaku terhadap remaja OKU, ramai netizen telah mengikut rapat perkembangan perbicaraan kes penderaan Bella ini sehingga tanda pagar #justiceforbella dapat dilihat hampir setiap hari di media sosial.

Ketika perbicaraan, saksi-saksi telah menceritakan pelbagai bentuk penderaan yang didakwa dilakukan oleh pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Abd Razali termasuk memaksa Bella makan 80 cili padi dalam seminggu, paksa habiskan satu periuk nasi dicampur cuka, kunyit, garam, kicap, cili dan kepingan cili serta perlu menghabiskan 5 paha ayam busuk yang telah digoreng.

Sebagai pembaca, jelas sekali kita sendiri tak mampu nak tahan perasaan mendengar kenyataan-kenyataan dari saksi tentang penderaan tersebut apa lagi bila melihat sendiri keadaan tubuh Bella ketika dia diselamatkan. Tak terbayang macam mana orang dalam mahkamah dengar cerita-cerita ni…

Fqt4Oeqamaa Knl

“Justice for Bella macam mustahil kat dunia”

Baru-baru ini, penyanyi dan aktivis Fynn Jamal telah kongsikan di Instagram mengenai pengalamannya pergi ke mahkamah untuk mendengar sendiri perbicaraan kes penderaan dan pengabaian Bella ini.

Menurut Fynn, dia telah membuat keputusan untuk pergi sendiri ke mahkamah dan dengar sendiri perbicaraan kes ini. Hasil dari dua jam di sana, Fynn merumuskan bahawa keadilan untuk Bella seperti mustahil. Kenapa pulak?

“Satu chamber kena sekolah”

Menurut Fynn, sepanjang perbicaraan yang dia hadiri itu, banyak didekasikan untuk menunjukkan kepada mahkamah bahawa saksi tak boleh dipercayai dan fakta mereka tak konsisten.

“Kena lekeh cane pun dia rilek je”

Tambah Fynn lagi, saksi turut diperlekehkan untuk memperlihatkan bahawa dia cuba memburukkan imej defendan.

But saksi mmg champion. kena tuduh soal cane pun— kalau dia setuju, dia jawab setuju, kalau tak, dia jawab tak. kena lekeh cane pun dia rilek je. toya je dia.”

“Saksi pun bukan orang baik”

Pasukan pembela turut mengungkit kisah silam saksi yang mengandung anak luar nikah sebelum dijaga oleh Bainun bagi menunjukkan bahawa saksi bukanlah orang yang baik dan boleh mendera Bella sendiri tanpa arahan dari orang lain.

“Kita gagal sebagai masyarakat”

Akhir kata, Fynn Jamal memberitahu walaupun Bella berjaya menang kes ini nanti, keadilan tetap tak berpihak kepada remaja OKU itu kerana penderitaan yang Bella alami tak setimpal dengan apa-apa keadilan.

APA compensation yg layak kita bagi utk bella setelah apa yg kita izinkan jadi pada dia?

Kita telah gagal sebagai masyarakat. defense atau prosecutor, siapa pun bakal menang nanti— tak ada keadilan utk bella.”

Allahu, memang kena kuat saksi-saksi ni. Tak mudah jugak untuk dorang. Moga dorang terus kuat dan Bella dapat keadilan yang sepatutnya di dunia dan di akhirat.

 

Baca: Saksi Dedah Bella Disumbat 1,280 Cili & Tak Diberi Minum Air Sebab Tak Dengar Cakap Bainun

Bella Disuruh Makan Cili Padi