in

Saksi Dedah Bella Disumbat 1,280 Cili & Tak Diberi Minum Air Sebab Tak Dengar Cakap Bainun

Bella Disuruh Makan Cili Padi

Kes perbicaraan Bella yang disambung semalam mendedahkan sesuatu yang mengejutkan apabila saksi memberitahu remaja perempuan sindrom down berusia 13 tahun itu telah diberi makan 80 biji cili selama seminggu oleh pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali.

Menurut Harian Metro, saksi pendakwaan kelima, Yasmin Nahar Mahmood juga berkata, dia dan seorang lagi penghuni rumah berkenaan bernama ‘Aida’ akan mengira jumlah cili padi berkenaan untuk diberikan kepada Bella.

Yasmin yang menjawab soalan balas peguam Siti Bainun, Farhan Maaruf bersetuju bahawa cili padi itu diberikan kepada Bella beberapa kali seminggu.

Bainun4

Bila ditanya sama ada Siti Bainun mengeluarkan arahan jumlah cili itu secara spesifik, Yasmin menjawab ‘ya’.

Katakan Bella didera empat bulan, kiranya 1,280 cili padi disumbat dalam mulut Bella,” soal peguam itu.

Ditanya sama ada mulut Bella menunjukkan tanda melecet dan kemerah-merahan akibat makan cili padi itu, Yasmin berkata terdapat kesan merah dan cili padi itu dibuang mangsa.

 

Tak dibenar minum air jika tak dengar cakap Bainun 

Mahkamah  juga pada masa yang sama mendengar keterangan bahawa remaja OKU tersebut tak dibenarkan minum air selama beberapa hari kerana tidak mendengar cakap Siti Bainun.

Saksi pendakwaan kelima, Yasmin Nahar Mahmood juga berkata, remaja OKU akan dimarahi dan diugut disimbah air panas jika tidak mendengar cakap, selain dia juga akan ditendang di perut jika menjerit kuat ketika diberikan suntikan picagari.

Adik Bella Dera

Walau bagaimanapun, dalam isu tidak dibenarkan minum air, remaja itu katanya akan curi-curi minum dan beliau juga akan memberikan Bella minum secara curi-curi.

Siti Bainun juga arahkan saya pegang bahu Bella ketika berdiri dan menyuruh remaja itu untuk melutut dan diugut bagi air panas.

“Bella juga ada dihentak kepala di dinding, diejek dan diperbodohkan,” katanya.

 

Saksi diarahkan masak ayam mentah busuk untuk Bella 

Yasmin juga mendedahkan, Siti Bainun turut mengarahkan dirinya untuk memasak 5 ketul ayam mentah yang busuk untuk diberikan kepada Bella dengan beberapa campuran lain, lapor Astro AWANI.

Ketika itu bulan puasa, Bella tidak makan nasi sebab dah kenyang kerana curi makan makanan kering dan minum. Dia tidak dibenarkan makan dan minum sesuka hati.

“Siti Bainun balik malam. Bila Siti Bainun tahu Bella curi makan dan minum, dia suruh Bella habiskan nasi tabur cuka, cili, garam, kunyit dan kicap,” katanya.

Malah Yasmin sendiri mengakui dia pernah menjadi mangsa kekerasan Siti Bainun apabila dilempang beberapa kali oleh pengasas rumah kebajikan terbabit.

Perbicaraan ini akan bersambung di hadapan Hakim Izralizam Sanusi hari ini.

Baca: “Sampai nak keluar bilik takut” – Bainun Didakwa Dera Bella Setiap Hari Selama 4 Bulan

Siti Bainun Dera Bella Setiap Hari

Sumber: Blog