in

Jumlah Penduduk Bumi Bakal Cecah 8 Bilion Minggu Depan – PBB

Populasi 8 Bilion

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menurut Divisyen Populasi Penduduk Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu, populasi penduduk bumi dijangka mencecah 8 bilion minggu depan.


Bukan itu sahaja, purata jangka hayat juga dijangka meningkat kepada 77.2 tahun menjelang 2050.

Berdasarkan laporan tersebut, tanggal 15 November ini bilangan penduduk bumi dikatakan akan meningkat kepada 8 bilion iaitu 3 kali ganda dan lebih tinggi berbanding tahun 1950 yang mencatatkan 2.5 bilion orang.

Laporan itu juga menyebut, faktor yang mendorong kepada pertumbuhan populasi dunia disebabkan purata jangka hayat yang terus meningkat iaitu 72.8 tahun pada 2019, meningkat 9 tahun berbanding 1990.

Screenshot 2022 11 08 154439

PBB juga menjangkakan purata tersebut meningkat kepada 77.2 tahun menjelang 2050.

Pada 1950, purata kesuburan dicatatkan ialah 5.0 bagi setiap wanita sepanjang hayatnya, namun jumlah itu menurun pada 2021 kepada 2.3 dan dijangkan menurun lagi kepada 2.1 pada 2050.

Kita telah mencapai tahap di mana majoriti negara dan majoriti penduduk dunia kini tinggal di negara yang mempunyai kadar kesuburan yang rendah, atau kira-kira 2.1 kanak-kanak bagi setiap wanita,”

PBB juga mengunjurkan lebih separuh pertumbuhan penduduk menjelang 2050 itu nanti akan melibatkan kira-kira 8 negara antaranya Republik Demokratik Congo, Mesir, Ethiopia, India, Nigeria, Pakistan, Filipina dan Tanzania.

60136739 11002531 Image A 20 1657551944610 Censored

Bukan itu sahaja, PBB juga menjangkakan kedudukan 2 negara yang mempunyai penduduk paling ramai iaitu China dan India akan berubah seawal 2023.

Populasi penduduk China berjumlah 1.4 bilion dijangka akan merosot kepada 1.3 bilion menjelang 2050.

Manakala India yang berada di belakang China, dijangka akan mengatasi populasi negara itu menjelang 2023 dan meningkat kepada 1.7 bilion menjelang 2050.

Amerika Syarikat kekal di kedudukan ke-3 mempuyai penduduk paling ramai menjelang 2050, kedudukan itu turut dikongsi bersama Nigeria dengan 375 juta.

Pada tahun itu juga, PBB menganggarkan populasi penduduk bumi mencecah 9.7 bilion.

Sumber : Daily Mail

 

Baca : Populasi China Akan Berkurang Menjelang 2025, Ini Sebab Yang Korang Kena Tahu!

Screenshot 2022 11 08 162150

Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.