in ,

“Jujur saya kaget!” – Adik Rizal Dapat Motor Daripada Ketua Wilayah Untuk Senang Jual Kuih

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semua mesti dah tau tentang kisah adik Rizal yang viral di media sosial berhubung dengan kes buli yang dialaminya yang menjadi perhatian warganet. Malah, kejadian itu turut mendapat perhatian daripada Ketua Wilayah Sulawesi Selatan.


Menurut laporan Warta Kota,  ketua wilayah berkenaan telah menghadiahkan motosikal kepada adik Rizal supaya senang nak jual kuih lepas ni.

“Rizal menjadi perhatian, seluruh dunia, nah ini saya kasih motor untuk mengantar kuih”

Selain itu, kisah adik Rizal ini turut mendapat perhatian daripada seorang individu yang berpangkat dan dia juga telah memberikan biasiswa kepada adik Rizal. Apa yang lebih mengejutkan, biasiswa itu diberikan sehinggalah adik Rizal tamat SMA (sekolah menengah).

Sehubungan itu, individu ini telah menghubungi adik Rizal melalui video call dan akan memastikan dia akan mendapat bantuan pendidikan.

Dalam pada itu, 8 individu yang telah membuli adik Rizal akan di soal selidik. Menurut laporan, kumpulan anak muda ini boleh dihukum penjara 3 tahun 6 bulan atas perbuatan mereka.

Wah, beruntung adik ni. Semoga adik Rizal jadi anak yang baik untuk keluarga dan masyarakat.

Baca : [VIDEO] Budak Jual Makanan Kena Buli Dengan Orang Naik Moto Buat Ramai Orang Menyirap Bila Tonton

 

 

 

Sumber: Warta Kota
Sumber: Warta Kota
Sumber: Warta Kota
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.