Baru-baru ini tular di Twitter bila Khairulaming bagitahu yang ada orang jual Sambal Nyet ‘palsu’ di Shopee. Kalau korang tengok packaging dia pun memang sebiji weh macam yang original. Katanya dia tu ‘reseller’.
Selepas Khairulaming sudah dedahkan maklumat mengenai pesalah yang jual Sambal Nyet palsu itu dua hari lepas, akhirnya ‘reseller’ itu datang berjumpa Khairulaming semalam dan mengaku kesalahan yang dia, siap ada drama air mata lagi katanya.
Tak mahu ‘dilepaskan’ dengan senang-lenang, Khairulaming kenakan 3 tuntutan kepada wanita tersebut.
Bayar pampasan tunai
Wanita itu perlu bayar duit pampasan kepada Khairulaming tapi Khairulaming tidak mahu refund balik duit kepada pelanggan yang sudah terbeli produk palsu itu sebab proses refund di Shopee agak leceh. Selain itu, dia nak pelanggan belajar dari kesilapan juga. Lepas ni kalau korang nak beli Sambal Nyet tu, bila dengan Khairulaming je tau.
Khairulaming tidak akan ambil satu sen pun duit pampasan tersebut untuk kegunaan diri dia tapi akan disedekahkan kepada asnaf yang lebih memerlukan. Bulan puasa ni elok lah kita tambahkan amalan, ye idok?
Video permohonan maaf kepada orang awam
Bukan setakat kena bayar duit pampasan, wanita tersebut juga kena buat video permohonan maaf kepada orang ramai yang sudah terbeli Sambal Nyet palsu yang dia jual dekat Shopee. Wanita itu mengaku yang dia sudah palsukan kandungan sambal itu dan juga design botol Sambal Nyet itu.
Alhamdulillah dia pun dah mengaku salah kan, kita maafkan jelah tapi lepas ni harap dia dah tak buat salah yang sama dah.
2. public apology video. this is her apology video admitting her mistake yang palsukan kandungan sambal dan juga design botol sambal nyet pic.twitter.com/K0WkH0q8en
— Khairulaming (@khairulaming) April 29, 2021
Pengakuan salah di balai polis
Wanita itu juga ada buat pengakuan bertulis di Balai Polis Damansara pada hari yang sama untuk mengaku kesalahan yang dia dah buat. Memang tabik la akak ni berani mengaku salah dia. Bukan semua orang berani mengaku salah diorang kan.
Kedai wanita ini di Shopee pun sudah kena ‘banned’ walaupun semalam nama kedai dia sudah ditukar dari nama MasturaAliyah kepada DK Perfume Shop.
Nak beri pengajaran
Lepas terjadinya kes seperti ini, Khairulaming harap perkara ini jadi pengajaran kepada orang lain dan berharap masyarakat tak anggap perkara ini sebagai perkara yang boleh diambil mudah.
Sebagai penjual, korang jangan la jual barang palsu dan sebagai pembeli pun korang jangan la beli barang yang diciplak ye. Dua-dua pihak kena ambil pengajaran dengan apa yang jadi dekat Khairulaming ni okay.
Sumber: Khairulaming