in

“Kenapa tak sebut nama betul?”- Netizen Bengang Tukang Masak Singapura Gelar KhairulAming ‘Mr. What’s-Up-Guys’

Cats 91

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasa tak lengkap puasa kalau tak tengok resipi juadah berbuka oleh selebriti media sosial terkenal iaitu Khairul Amin Kamarulzaman atau lebih dikenali sebagai Khairulaming. Baru-baru ini, Khairulaming ada muat naik satu video resepi spaghetti carbonara. Memang sumpah terliur weh tengok waktu bulan puasa ni.


Resipi tersebut bukan sahaja mendapat sambutan daripada peminatnya, malah turut dipuji oleh tukang masak terkenal dari Singapura.

Tukang masak terkenal itu memuat naik satu tweet di akaun twitter miliknya pada 19 April yang lalu yang menganggap resepi Khairulaming itu betul kerana dia hanya menggunakan keju dan telur untuk membuat sos carbonara.

Photo6339334629424737164

 

Peminat tak puas hati

Tapi, apa yang menjadi bualan netizen adalah apabila tukang masak tersebut menggelar Khairulaming sebagai ‘Mr. What’s-Up-Guys’ di dalam tweet dia. Rata-rata netizen tidak berpuas hati bila tengok tweet tersebut dan berpendapat sepatutnya tukang masak itu menggunakan nama Khairulaming daripada menggelarnya dengan gelaran tersebut.

Namun, ada juga netizen yang menganggap tindakan tukang masak itu yang memanggil Khairulaming dengan gelaran tersebut sebagai sesuatu yang tidak biadap. Ikut orang juga la kot kan.

Photo6339334629424737163

Photo6339334629424737162

Setiap orang ada tahap sensitiviti yang berbebza-beza. Yang penting jangan lah sampai guna gelaran yang tak baik. Yang baik-baik je di bulan Ramadan ni haa gituu.

 

Sumber: Twitter

Baca: “Housemate paling untunggg dalam dunia” – ‘Share’ Masakan Sahur, Netizen Jeles Housemate Khairulaming Makan Sedap Setiap Hari

Capture 66

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.