Ada kalanya perkara yang ditularkan di media sosial bukanlah mahu menutup periuk nasi peniaga. Tapi, jika dihidangkan makanan yang tidak setanding harga, siapa yang tak mengamuk kan?
Seperti perkongsian seorang pengguna TikTok baru-baru ini, dia meluahkan rasa kecewa dengan peniaga di sebuah gerai dalam program festival makanan yang terletak di Padang Kota, Pulau Pinang.
Artikel berkaitan: “Kuah tu pekat semacam” – Gadis Syak Penjual Blend Surat Khabar Atau Kotak Untuk Pekatkan Kuah Laksa?
Artikel berkaitan: Pelancong Indonesia Makan Megi Ayam RM15, Netizen Tak Pelik Harga Mahal Sebab…
Menurutnya, laksa yang dibeli itu dijual pada harga RM10 namun hampa melihat hidangan laksa seperti bihun sup kerana kuahnya yang agak cair dan tawar.
@cheffieza org nak juai laksa hampa nk juai laksa,dah la aku tgh lapaq ,laksa mmg fav aku la,sekali beli hampeehhh xsedapp!!!!!😡😡#padangkotapenang #eventchoii #fyppppppppppppppppppppppp #fyp #penangmalaysia
“Rasanya inilah laksa paling sedih aku jumpa. Dengan perut lapar tak makan dari pagi. Dalam banyak makanan dijual, rasa nak beli laksa. Tapi bila beli dengan harga RM10, tengok cair semacam. Dah serupa bihun sup saja.
“Selama aku hidup ni tak pernah lagi aku buat kuah laksa cair macam ni. Dahlah cair, rasa apa pun tak ada,” katanya yang kecewa hidangan tidak setanding harga.
Melihat perkongsian itu, rata-rata netizen turut meluahkan rasa kecewa apabila membeli barangan atau makanan di mana-mana program festival makanan.
Ramai yang mengkritik peniaga cuba mengaut keuntungan tetapi tidak jujur dalam berniaga.
Korang pernah alami situasi beli makanan festival macam ni tak?