in

‘Joy of Humanity’ – vivo Kongsi Kemeriahan Piala Dunia 2022 Bersama Rakyat Malaysia

Vivo Fifa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Piala Dunia 2022 sudah pun melabuhkan tirainya dengan Argentina muncul juara buat kali ketiga selepas 36 tahun. Namun, demam Piala Dunia masih dirasai oleh segelintir peminat bola sepak seluruh dunia yang masih gembira dengan kemenangan pasukan pilihan masing-masing.


Sebagai satu-satunya penaja rasmi dalam industri telefon pintar untuk Piala Dunia Qatar 2022, vivo Malaysia telah terlibat secara aktif dalam kempen FIFA untuk semua rakyat Malaysia terutama bagi peminat-peminat bola sepak.

Demi memeriahkan lagi suasana sepanjang musim Piala Dunia 2022, vivo Malaysia telah menganjurkan beberapa kempen untuk orang ramai bersama-sama merasai kehangatan musim bola sepak.

vivo Give It a Shot Challenge

Screenshot 20221220 031614

Cabaran video vivo Give It a Shot yang menjadikan sepakan bola paling kreatif ini sebagai inisiatif untuk galakkan rakyat Malaysia dengan berkongsi semangat bola sepak dan dalam masa sama boleh membantu golongan yang memerlukan melalui World Vision Malaysia dengan memuat naik video sepakan bola paling kreatif.

Selain itu, kempen ini juga mendapat kerjasama dengan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) dan Kelab Bola Sepak TSS (dimiliki oleh Tengku Shakirinal Sulaiman Shah).

Pastinya kemeriahan kempen ini turut disertai dengan kerjasama Google, Viu, Urban Republic, Courts, Lazada, Shopee, TikTok Shop dan juga kelab bola sepak seperti Formota Football Club, Kelana United, Far Post Academy, arslanfc yang memainkan peranan penting dalam menjayakan kempen ini.

V Hear Your Voice & Ladies Night

Screenshot 20221220 031535

Kemeriahan tidak terhenti di situ apabila rakyat Malaysia meraikan suasana Piala Dunia 2022 dengan meneka pasukan yang menang menerusi peraduan V Hear Your Voice.

Sepanjang musim Piala Dunia, pastinya para wanita merasakan ‘kesunyian’. Justeru, vivo telah meraikan wanita-wanita ini dengan mengadakan Ladies Night, berkolaborasi dengan Ogawa, Vsing, Red Inn Hotpot dan Ishin Japanese Dining.

vivo Give it A Shout 

Screenshot 20221220 031504

Tidak ketinggalan juga, vivo juga bekerjasama dengan Sunway Pyramid, Ogawa, DJI, DayOne DayOne, Viu dan Vsing bagi memeriahkan kempen vivo Give it A Shout kepada semua peminat bola sepak.

Screenshot 20221220 031428

Demam bola sepak diakhiri dengan penganjuran ‘FIFA Final Watch Party’ oleh vivo yang mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama meluangkan masa menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia di Penang Automall dan KL Desa ParkCity.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.