Kehidupan sebagai seorang selebriti sering kali dilihat sempurna dan serba lengkap di mata peminat. Namun, di sebalik kemewahan dan tumpuan ramai, golongan anak seni juga tidak lari daripada berdepan dengan ujian emosi dan kesunyian yang sukar digambarkan dengan kata-kata.
Terbaharu, perkongsian pelakon popular, Kamal Adli, di platform media sosial mencuri tumpuan ramai apabila beliau secara terbuka meluahkan rasa sunyi yang amat dahsyat yang sedang dialaminya ketika ini.
Artikel berkaitan: “Ingat ko femes sangat ke kami nak tumpang” – Kamal Adli Ajak Tareq Fit Bersemuka
Artikel berkaitan: “Best day of my life” – Kamal Adli Luangkan Masa Dengan Hawra, Netizen Tumpang Gembira
Menerusi hantaran tersebut, Kamal mendedahkan bahawa dia tiba-tiba diserang perasaan lonely atau kesunyian yang teramat sangat, walaupun mengikut logik akal, dia sudah memiliki segala-galanya untuk bahagia.
View on Threads
“Tiba-tiba kena attack dengan rasa sunyi dan lonely yg dasyat sangat. Rasa mcm dah ada semua boleh happykan tapo sebenarnya kosong sangat,” luahnya jujur.
Jelas Kamal lagi, dia juga sudah cuba melakukan aktiviti kegemarannya seperti menunggang motosikal (ride) secara bersendirian untuk menenangkan fikiran, namun usaha tersebut tetap gagal mengisi kekosongan jiwa yang dirasainya.
Minta Pandangan Ustaz & Motivator
Enggan terus melayan emosi negatif itu, Kamal menjelaskan hantaran yang dibuatnya itu bukanlah bertujuan untuk menagih simpati daripada sesiapa, sebaliknya dia benar-benar mahu mencari jalan penyelesaian dan alternatif lain dari sudut rohani mahupun psikologi.
Selain daripada bermuhasabah diri dan mendekatkan diri kepada Pencipta, Kamal turut meminta pandangan daripada orang ramai, termasuk para ustaz dan pakar motivator, tentang apa lagi langkah yang boleh diambil sekiranya situasi tersebut berlaku.
Perkongsian tersebut nyata mengundang pelbagai respons daripada peminat dan netizen yang rata-ratanya mendoakan agar urusan pelakon itu dipermudahkan, selain berkongsi pelbagai tips positif untuk mengatasi masalah kesihatan mental dan gangguan emosi sedemikian.

Sumber: Threads
