in

“Jiran jumpa mayat penuh semut” – Bengang Dilempang Ayah, Remaja 14 Tahun Nekad Bunuh Anak Sendiri Untuk Balas Dendam

Collage 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang remaja perempuan dari negara jiran nekad gantung bayi lelakinya yang baru berusia sebulan sebab nak keluar berparti dengan kawan-kawan.


Menurut Daily Star, Arisa Udsanee mengaku telah membunuh anak lelakinya, Thanapat untuk balas dendam pada ibu bapanya yang marah kerana dia keluar tak balik hingga tiga hari.

Ketika ditahan di Bueng Kan, Thailand, Arisa telah membuat lakonan semula tentang bagaimana dia bunuh bayinya ini menggunakan patung Winnie The Pooh.

0 Newslink3527056 108657

Remaja ini memberitahu pihak polis yang dia telah mengambil motor bapa mertuanya untuk keluar berjumpa kawan-kawan dan tinggal dengan mereka selama tiga hari sementara anaknya ditinggalkan di bawah jagaan ibu bapanya.

“Lepas saya balik, bapa saya marah dan lempang saya. Saya kecewa, so saya bawa anak saya keluar dan tinggal di kabin jiran saya.

“Saya menangis selama dua jam sambil memikirkan apa yang perlu saya buat dengan hidup saya dan anak saya dan saya buat keputusan untuk tamatkan riwayat dia.”

Saya ikat tali gantung dan gantung anak saya.”

Arisa kemudiannya sorokkan anaknya di bawah stroller dan telefon kawannya untuk jemput dia dan larikan diri. Namun, bila Arisa pulang untuk tengok keadaan mayat anaknya, pihak polis dah berada di sana untuk menahannya.

1 Pay Newslink3527057 108656

Ibu Arisa mengatakan yang anak perempuannya ini sering keluar berhari-hari untuk jumpa kawan-kawan dan tinggalkan anak lelakinya di rumah.

“Kami marah sebab dia ambik motor suami saya selama tiga hari hingga dia tak dapat pergi kerja.”

Saya faham dia nak hidup normal macam remaja lain, tapi tindakan dia bunuh anaknya sendiri memang tak boleh dimaafkan.”

Untuk pengetahuan korang, jiran Arisa temui mayat anaknya ini dalam keadaan penuh dengan semut.

0 Pay Newslink3527053 108654

Dia baru 14 tahun lepastu dah ada anak, tak puas lagi hidup sebagai remaja.

 

Baca: “Ingatkan terjatuh, rupanya mati dibunuh” – Bapa Bunuh Anak Kandung Lepas Mangsa Minta Duit

Screenshot 2020 04 02 At 5.46.54 Pm

Sumber: Daily Star
Sumber: Daily Star
Sumber: Daily Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.