in

Jim Twins: Kisah Kembar Terpisah Masa Lahir Tapi Jalani Kehidupan Yang Serupa Sampai Nama Isteri & Anak Pun Sama!

Collage 23

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Banyak benda yang berlaku dalam kehidupan kita secara kebetulan tapi kalau banyak benda ada persamaan adakah ia dipanggil kebetulan jugak? Untuk cerita kali ni, min pun tak tahu macam mana nak explain macam mana dua individu ini boleh jalani kehidupan yang serupa hanya kerana mereka pernah duduk di dalam satu rahim yang sama.


James ‘Jim’ Lewis

Pada tahun 1940, James Lewis atau nama panggilannya Jim yang berasal dari Lima Ohio telah diambil untuk menjadi anak angkat tiga minggu selepas dia dilahirkan. Ibu dan ayah angkatnya telah menamakan lelaki ini James. Jim mempunyai seorang adik angkat bernama Larry dan seekor anjing bernama Toy.

Ketika di sekolah, Jim suka mata pelajaran matematik dan kerja kayu tapi tak suka dengan ejaan. Dia telah berkahwin dengan seorang wanita bernama Linda dan kemudiannya bercerai dan berkahwin dengan seorang lagi wanita bernama Betty.

Pasangan ini telah dikurniakan dengan seorang anak lelaki yang diberi nama James Alan. Jim bekerja sebagai pengawal keselamatan dan memandu sebuah kereta jenama Chevrolet dan merupakan seorang perokok yang tegar.

James ‘Jim’ Springer

Resize

Pada tahun 1940, James Springer atau nama panggilannya Jim yang berasal dari Piqua Ohia telah diambil untuk menjadi anak angkat tiga minggu selepas dia dilahirkan. Ibu dan ayah angkatnya telah menamakan lelaki ini James. Jim mempunyai seorang adik angkat bernama Larry dan seekor anjing bernama Toy.

Ketika di sekolah, Jim suka pelajaran matematik dan kerja kayu tapi tak suka dengan ejaan. Dia telah berkahwin dengan seorang wanita bernama Linda dan kemudiannya bercerai dan berkahwin dengan seorang lagi wanita bernama Betty.

Pasangan ini telah dikurniakan dengan seorang anak lelaki yang diberi nama James Alan. Jim bekerja sebagai pembantu sheriff dan memandu sebuah kereta jenama Chevrolet dan merupakan seorang perokok yang tegar.

Eh kenapa macam korang baca benda yang sama? Jangan gosok mata, apa yang korang baca ni adalah tentang perjalanan kehidupan pasangan kembar Jim Twins yang telah terpisah sejak bayi.

Pertemuan Jim Twins

Jim Twins Thumb

Pada tahun 1979, Jim Lewis telah berjumpa dengan Jim Springer dan kebenaran disebalik kehidupan mereka yang serupa mula didedahkan.

Kedua-dua Jim ini telah terpisah dari lahir dan membesar di dua bandar berbeza yang terletak sejauh 72km dari satu sama lain.

Kedua-dua ibu Jim Twins ini tahu yang anak lelaki mereka mempunyai saudara kembar. Namun ibu Jim Springer ingatkan bahawa kembarnya telah meninggal dunia manakala ibu Jim Lewis tahu tentang kewujudan kembarnya.

Ketika ibu Jim Lewis pergi berjumpa hakim untuk menyelesaikan proses anak angkat, dia telah terdengar seseorang mengatakan yang bayi lagi satu turut dinamakan James. Disebabkan maklumat ini, Jim Lewis telah cuba untuk mencari kembarnya.

Di usia 39 tahun, Jim Lewis telah menghubungi mahkamah yang mempunyai rekod tentang pengambilan anak angkat dan menghubungi keluarga Springer di Piqua.

Saya balik rumah satu hari dan terdapat mesej meminta saya untuk menghubungi ‘Jim Springer’. Apabila saya telefon saya tak dapat menahan diri saya dari mengatakan ‘awak adik saya ke?'”

Empat hari kemudian, mereka telah bersemuka dan menemui yang kedua-dua mereka mempunyai sakit kepala yang teruk, suka menggigit kuku dan mendapati mereka turut hisap rokok dari jenama yang sama serta pernah pergi bercuti pada masa yang sama di pantai Florida.

Cerita mengenai kehidupan Jim Twins yang serupa ini telah menarik minat penyelidik yang telah menjemput kembar ini untuk ke Universiti of Minnesota bagi menjalani beberapa ujian.

Kumpulan penyelidik ini sedang membuat kajian tentang kembar dan berharap untuk menemui adakah perpisahan di antara kembar ini merupakan salah satu sebab mereka mempunyai kehidupan yang serupa.

9Gnip9C04H871

Di antara tahun 1979 dan 1999, kumpulan ini telah mengkaji seramai 137 pasangan kembar termasuk Jim Twins yang telah dipisahkan sejak lahir. Penyelidikan mereka mencetuskan lebih daripada 170 kajian berasingan yang memfokuskan pada ciri-ciri perubatan dan psikologi kembar.

Sebahagian besar daripada apa yang mereka temui tertumpu pada kesan persekitaran terhadap pembesaran anak dan cara faktor genetik sebagai perbandingan.

Saintis turut terkejut apabila mendapati sejarah perubatan dan gelombang otak Jim Twins ini hampir sama. Tak cukup dengan itu, ujian personaliti mereka juga mempunyai jawapan yang sama dan bila diminta untuk melukis sesuatu benda, mereka telah lukiskan benda yang sama.

Walaupun kehidupan Jim Twins ini sangat serupa, salah seorang dari mereka kini telah menjalani kehidupan yang sedikit berbeza. Jim Lewis telah pun bercerai dengan isterinya Betty dan berkahwin dengan seorang wanita lain bernama Sandy.

Jangan wife Jim Springer takut suami dia jumpa perempuan lain nama Sandy sudahlah…

Sumber: ati

 

Baca: Ini 4 Cerita ‘Orang Aneh’ Terpaksa Kerja Di Sarkas Untuk Kelangsungan Hidup

Collage 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.