in

Ini 4 Cerita ‘Orang Aneh’ Terpaksa Kerja Di Sarkas Untuk Kelangsungan Hidup

Collage 6

Pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20, orang yang dilahirkan dengan fizikal yang luar biasa atau mengalami masalah perubatan akan dipamerkan di dalam pertunjukan sarkas. Ketika ini, pertunjukan yang dipanggil “freak show” ini merupakan persembahan yang dinanti-nantikan oleh penonton.

Orang-orang yang memiliki fizikal yang luar biasa ini telah dipanggil sebagai “orang aneh” (freaks) dan mereka akan tunjukkan perbezaan yang mereka ada seperti orang kerdil, orang yang terlalu tinggi, kembar siam atau kecacatan luar biasa yang lain.

Freak Show 1924 768X409 1

Biasanya persembahan ini sering mengeksploitasi penghibur-penghibur istimewa mereka ini untuk mengaut keuntungan dan bukan untuk meraikan keunikan seseorang. Hari ini, pertunjukan seperti ini telah dianggap sebagai tidak beretika dan menyinggung perasaan.

Untuk pengetahuan korang, tak semua penghibur sarkas ini dengan rela hati nak join pertunjukan ni, ada yang kena culik dan dipaksa untuk membuat persembahan dan ramai juga yang dizalimi oleh pekerja-pekerja di sarkas.

So, artikel kali ini, min nak ceritakan tentang beberapa kisah “orang aneh” yang pernah sertai freak show ini.

1. Annie Jones – Wanita berjambang

Annie Jones 768X512 1

Salah satu penghibur pertunjukan aneh yang terkenal dalam sejarah adalah Annie Jones. Dia dilahirkan pada tahun 1865 dengan dagu berbulu.

Dia memulakan kerjayanya ketika berusia satu tahun di sebuah muzium. Pertunjukan ini berjaya menarik minat satu syarikat sarkas, Barnum & Bailey yang telah menawarkan ibu bapa Annie kontrak tiga tahun dengan bayaran sebanyak US$150 seminggu.

Dikenali sebagai “Perempuan Berjambang”, Annie Jones mula mempunyai misai dan sideburns ketika dia berusia lima tahun. Dia menjadi sangat popular di kalangan penonton sehinggakan banyak syarikat sarkas lain yang mahu ambilnya bekerja sampai ada yang sanggup guna cara kotor.

Ketika dia bekerja di bawah Barnum, Annie telah diculik oleh ahli frenologi New York yang cuba untuk mempamerkan Annie di pertunjukannya sendiri. Nasib baik, Annie telah ditemui tak lama kemudian dan kembali ke pangkuan ibu bapanya.

Menginjak dewasa, Annie meneruskan persembahannya sebagai “Wanita Berjambang” dan turut mengejar minatnya sendiri dengan menjadi ahli muzik terkenal.

Di akhir kehidupannya, Annie cuba berkempen untuk tidak menggunakan perkataan “freak” untuk merujuk kepada orang sepertinya namun tak berjaya.

Annie pernah berkahwin sebanyak dua kali dan kali kedua dia telah menjadi janda ekoran kematian suami. Ketika melawat rumah ibunya di Brooklyn, Annie telah jatuh sakit dan meninggal di sana pada tahun 1902 di usia 32 tahun akibat batuk kering.

2. Myrtle Corbin – Gadis Berkaki Empat

Myrtle Corbin 768X512 1

Lahir pada tahun 1868, Myrtle Corbin mula melibatkan diri dalam pertunjukan aneh pada usia 13 tahun dan mula digelar sebagai “Gadis Empat Kaki dari Texas”.

Ekoran satu penyakit yang dikenali sebagai dipygus, Myrtle telah dilahirkan dengan dua pinggul yang berlainan dan dengan setiap pinggul dia mempunyai dua pasang kaki. Satu pasang bersaiz normal dan sepasang lagi kecil dan tergantung di antara kaki normal.

Menerusi laporan perubatan, Myrtle sepatutnya boleh menggerakkan dua kaki kecilnya namun kakinya itu terlalu lemah untuk menyokong berat badannya serta ia tak boleh menyentuh lantai. Doktor turut memberitahu bahawa Myrtle mempunyai dua kemaluan.

Dikenali dengan personalitinya yang lemah lembut dan ceria, Myrtle menjadi sangat popular sehingga mampu meraih pendapatan sebanyak US$450 seminggu.

Barnum yang mendengar tentang kewujuan Myrtle ini mula mengambil dia berkerja di sarkasnya dan memperkenalkan gadis ini ke penonton yang lebih besar di seluruh Amerika.

Myrtle bekerja bersama Barnum selama empat tahun dan ketika itu dia menjadi sangat terkenal sehingga sarkas lain cuba untuk membuat orang palsu berkaki empat untuk mendapat keuntungan.

Pada usia 19 tahun, Myrtle berkahwin dengan James Clinton Bicknell dan dikurniakan lima orang cahaya mata. Myrtle meninggal disebabkan oleh jangkitan kulit enam hari sebelum ulang tahunnya yang ke-60.

Selepas dia meninggal dunia, keluarganya telah menutup kuburnya dengan lapisan konkrit kerana bimbang mayatnya dicuri ekoran ramai menunjukkan minat untuk mengambil mayatnya.

Namun begitu, keluarga Myrtle menolak dan menjaga kubur tersebut sehingga konkrit kuburnya itu mengeras.

3. Chang dan Eng Bunker – Kembar Siam

Chang Eng Bunker 768X512 1

Pada tahun 1829, seorang peniaga dari Scotland, Robert Hunter telah melihat sesuatu yang luar biasa ketika melawat Kingdom of Siam (kini dikenali sebagai Thailand). Dia melihat dua kanak-kanak yang melekat di bahagian dada sedang berenang bersama.

Kanak-kanak lelaki ini adalah Chang dan Eng Bunker yang lahir pada tahun 1811 di satu pekan kecil berdekatan Bangkok.

Hunter melihat kanak-kanak ini sebagai peluangnya untuk membuat keuntungan. Dia telah menjejaki ibu kanak-kanak ini dan membayar sebanyak US$500 untuk mempamerkan anak-anaknya ini di sekeliling dunia sebagai “Kembar Siam”.

Adik beradik ini telah membuat tour selama tiga tahun dengan membuat backflips dan bermain badminton untuk penonton. Walaupun mereka sangat terkenal, mereka jarang mendapat bayaran dari persembahan yang dibuat dan sering dibuat sebagai harta berbanding manusia.

Penat dieksploitasi, adik beradik telah menamatkan kontrak mereka dengan Hunter bila mereka berusia 21 tahun. Beberapa tahun seterusnya, mereka membuat persembahan sendiri dan berjaya mendapat duit sendiri dengan syarat persembahan tersendiri.

Bagaimanapun mereka masih tak suka dilihat dan direnung membuatkan mereka berhenti membuat persembahan di sarkas dan membuat keputusan untuk menjadi rakyat Amerika dan membeli sebuah ladang di North Carolina.

Walaupun pernah dieksploitasi, ia tidak menghalang kembar siam ini membeli kanak-kanak untuk dijadikan hamba bagi mengerjakan ladang mereka.

Chang dan Eng kemudiannya berkahwin dengan sepasang adik-beradik dan mula hidup bekeluarga serta mempunyai seramai 21 anak.

Namun begitu, kehidupan mereka mula merudum selepas Perang Sivil apabila mereka telah melabur wang mereka ke dalam Negara Gabungan Amerika namun tak menerima pulangan dan menyebabkan mereka jatuh bankrap.

Chang yang kecewa dengan nasib yang menimpa mereka mula minum dengan banyak sehingga mendapat seangan strok pada tahun 1870.

Pada 1874, Chang telah menghidap bronkitis dan meninggal dalam tidur. Eng bangun dan melihat kembarnya itu tak lagi bernyawa. Beberapa jam selepas itu, Eng turut meninggal dunia.

4. Fanny Mills – Wanita Kaki Besar

Fanny Mills 768X875 1

Lahir pada tahun 1860 di England, Fanny Mills mula berhijrah dengan keluarganya ke Amerika pada usia yang muda. Mereka menetap di Ohio dan tak lama kemudian ibu bapa Fanny mula sedar sesuatu yang pelik terhadap anak perempuan mereka itu.

Sebagai kanak-kanak perempuan, kaki Fanny mula membesar dan membesar. Walaupun dia mempunyai berat sebanyak 52kg, kakinya telah membesar sehingga 19 inci panjang dan 7 inci lebar. Sehinggakan Fanny perlu memakai sarung bantal sebagai sarung kaki dan kulit tiga ekor kambing sebagai kasut.

Keadaan ini adalah disebabkan oleh Milroy Disease yang menyebabkan bengkak di bahagian bawah badan.

Pada 1885, Fanny mula berfikir sama ada dia boleh membuat kuntungan dari keadaannya ini. Dengan bantuan seorang rakan, Fanny telah pergi ke Pantai Timur dengan harapan untuk mempamerkan dirinya di hadapan penonton.

Sarkas mula memperkenalkan Fanny sebagai wanita yang mempunyai kaki terbesar di dunia dengan menamakannya “Ohio Big Foot Girl”.

Tak cukup dengan itu, penganjur sarkas turut mempromosikan Fanny dengan mengatakan bapa wanita itu sanggup membayar sebanyak US$5,000 kepada mana-mana lelaki yang sanggup berkahwin dengannya.

Hakikatnya, pada ketika itu bapa Fanny telah pun meninggal dunia dan wanita ini telah pun berkahwin dengan abang rakannya William pada tahun 1886.

Selama tujuh tahun, Fanny telah mempamerkan kakinya di hadapan penonton dan dapat menjana pendapatan sebanyak US$150 seminggu. Namun kesihatannya mula merosot selepas dia keguguran pada 1887 dan mula bersara pada 1892.

Fanny dan suaminya pulang ke Ohio di mana wanita ini meninggal dunia di usia 39 tahun.

Sumber: ati

 

Baca: Kanak-Kanak Tiga Tahun Alami Sindrom Pelik, Rambut Kekal Pacak Meskipun Disikat

Cats 4