in

“Jijik tapi terpaksa” – Penduduk Makan Tikus Dan Ular Sebab Takde Duit Gara-gara Covid-19

Feat Tikus Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda dunia pada ketika ini, rata-rata ekonomi dunia semakin jatuh merudum.


Kesannya bukan sahaja kepada negara, malah kepada rakyat marhaen terutama buat mereka yang terpaksa berhenti kerja disebabkan kerugian yang tidak mampu ditanggung.

Jika kita merasakan hidup kita susah disebabkan terjejas gara-gara Covid-19 ini, fikirkan ada yang lebih susah lagi sehinggakan tidak mempunyai makanan untuk meneruskan kehidupan seharian.

Inilah yang berlaku di Myanmar apabila rata-rata penduduknya tidak mempunyai sebarang makanan untuk dimakan gara-gara gelombang kedua Covid-19 yang melanda negara mereka.

 

Gadai barangan untuk beli makanan

Kali pertama gelombang pandemik ini menyerang Myanmar adalah pada awal tahun ini. Lapor agensi Reuters, Ma Suu, 36 terpaksa menutup kedai ulam-ulaman serta menggadaikan segala barang kemas miliknya untuk membeli makanan ketika gelombang pertama Covid-19 tersebut.

Bukan itu sahaja, Ma Suu juga terpaksa pula menutup kedainya di Hlaing Thar Yar, Yangon semasa gelombang kedua Covid-19  melanda Myanmar baru-baru ini.

Dia juga terpaksa bergolok-gadai dengan menjual pakaian, pinggan mangkuk dan periuk demi kelangsungan hidup mereka sekeluarga semasa pemerintahnya mengeluarkan arahan “duduk di rumah” pada September lalu.

 

Terpaksa makan tikus, ular dan serangga

Kini, mereka tidak mempunyai apa-apa lagi untuk dijual dan digadai. Hal ini menyebabkan suaminya yang dulunya merupakan seorang buruh binaan terpaksa keluar untuk mencari makanan di longkang-longkang berhampiran tempat tinggal mereka di pinggir bandar Myanmar.

Menurut wanita berkenaan, penduduk di situ terpaksa menjadikan tikus dan ular sebagai makanan. Hal ini kerana mereka tidak mempunyai wang untuk memberi makan kepada anak-anak dan keluarga.

Orang ramai makan tikus dan ular. Tanpa wang, bagaimana mereka hendak memberi makan anak-anak.

Feat Ular

Cari Ular

Bukan setakat itu, penduduk yang tiada punca pendapatan ini turut terpaksa menjadikan serangga sebagai makanan di sana.

 

Kejiranan yang termiskin

Mereka ini kebanyakannya tinggal di Hlaing Thar Yan yang merupakan sebuah kejiranan termiskin di Yangon. Penduduknya terpaksa menyuluh di bawah rumah untuk mencari haiwan-haiwan kecil untuk dijadikan makanan keesokan harinya.

Ibarat ‘kais pagi makan pagi, kasi petang makan petang”. 

Tikus, ular dan serangga sering kali menjadi ‘santapan’ keluarga yang tinggal di kawasan luar bandar. Bagi penduduk bandar pula, mereka terpaksa pula mengikat perut untuk menahan lapar.

Dengan lebih daripada 40,000 kes dan 1,000 kematian akibat Covid-19, Myanmar merupakan antara negara di Asia Tenggara yang paling terjejas teruk. Penguatkuasaan perintah berkurung pula menyebabkan ratusan ribu penduduknya terpaksa hidup dalam kemiskinan.

 

Bantuan tidak mencukupi

Nay Min Tun yang merupakan pentadbiran tempatan menyatakan bahawa kira-kira 40 peratus isi rumah di kawasan Hlaing Thar Yan telah menerima bantuan.

Walaupun bantuan dari pemerintah dan derma peribadi sudah diedarkan, namun masih tidak cukup untuk semua orang.

Bersyukur negara kita masih mampu untuk memberikan bantuan untuk rakyat. 

Baca: “Tempat lipas, cicak, tikus membiak”- Jijik! Kilang Kicap Diserbu, 20 Tahun Beroperasi Guna Tanda Halal Tak Sah Baca Tikus

Sumber: Reuters
Sumber: Reuters
Sumber: Reuters

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.