in

“Tempat lipas, cicak, tikus membiak”- Jijik! Kilang Kicap Diserbu, 20 Tahun Beroperasi Guna Tanda Halal Tak Sah

Dd 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang suka makan kicap dan sos tak? Apa perasaan korang kalau tahu kilang tu kotor. Mesti loya tekak kan?


Igauan ngeri itu ternyata berlaku apabila sebuah kilang kicap dan sos di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, hari ini diserbu oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), jam 11 pagi tadi.

D 4 2

 

Guna rumah jadikan kilang

Memetik Berita Harian, Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) JKNPP, Mohd Wazir Khalid, berkata premis itu diserbu hasil risikan yang memberitahu sebuah rumah kayu telah dijadikan kilang.

Dalam serbuan tersebut mendapati premis dalam keadaan yang teruk, manakala kicap dan sos yang dihasilkan juga tidak diurus dengan baik.

“Ia beroperasi di dalam kawasan kampung dan berbahaya kerana struktur daripada kayu, manakala pendawaian elektrik juga didapati sudah lama dan risiko terjadinya litar pintas,”

“Produk yang dihasilkan juga tidak disimpan dengan baik apabila terdapat perkakas serta tong lama yang kotor dilonggokkan dalam kilang ini yang menyalahi peraturan kebersihan ditetapkan.” 

Tambahnya keadaan premis ini mampu mengundang pembiakan  jentik-jentik serta kehadiran binatang seperti lipas, cicak dan tikus.

D2 2 10

 

20 tahun beroperasi tanpa logo halal sah

Serbuan yang juga disertai oleh Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) itu mendapati kilang berkenaan turut dikesan menggunakan logo halal dan MESTI tanpa kebenaran.

Turut membimbangkan adalah hasil produk dari kilang ini juga telah dipasarkan di restoran dan kedai makan di sekitar Pulau Pinang.

D1 3 8

Kilang terbabit telah diarah tutup selama dua minggu dan turut dikompaun di bawah Peraturan 11(2), Peraturan Kebersihan Makanan 2009 kerana menggajikan pekerja tanpa suntikan tifoid dan Peraturan 34 membabitkan kebersihan premis yang mana nilai keseluruhannya berjumlah RM5,500.

 

Takutnya tengok. Lepas ni kalau boleh kita lebih prihatin dengan apa yang kita makan. Kesihatan kena jaga okay!

Baca: “Kelapa kisar dipijak, mi sua kat lantai dihurung lalat” -Jijik! Dua Kilang di Tasek Gelugor Diarah Tutup 14 Hari

D3 2 3

Sumber: Bernama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.