in

Jijik! Satu Keluarga Bersekongkol Culik, Kurung & Rogol Remaja Selama 6 Tahun Sampai Beranak Pinak

Jadi Hamba Seks

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kenapalah masih wujud manusia macam ni? Sanggup berlaku kejam dan buat perbuatan jijik pada orang lain, lebih teruk lagi bersekongkol satu keluarga!


Seorang remaja di China akhirnya berjaya ditemui selepas diculik dan dikurung oleh seorang lelaki selama 6 tahun di sebuah flat untuk dijadikan hamba seks keluarganya!

Menurut SCMP, kejadian malang tu berlaku pada tahun 2012 ketika remaja berkenaan berusia 14 tahun. Remaja tu hilang lepas dia keluar dari rumah di Zhumadian sebab bergaduh dengan abang dia. Tapi, keluarga dia tak pernah buat laporan polis tentang kehilangan remaja tu.

Difahamkan, bapa dia tinggalkan keluarga mereka beberapa tahun lepas dan ketika tu, ibu remaja tersebut tengah jalani hukuman penjara sejak 2011 kerana kesalahan jenayah.

Z
sumber: scmp

Lepas keluar penjara pada tahun 2016, baru ibu dia bernama Li tahu yang anak perempuan dia dah hilang selama 4 tahun.

Ini kronologi kejadian yang menimpa remaja tu:

  • 2014: Remaja tu keluar rumah sebab bergaduh dengan abang dia dan masa itulah dia diculik lelaki bernama Deng.
  • Bapa dan abang dia tak buat laporan polis pasal kehilangan remaja tu.
  • Deng jadikan remaja tu sebagai hamba seks dia dan anak lelakinya.
  • 2016: Lepas keluar dari penjara, Li dapat tahu anak dia dah hilang selama 2 tahun.
  • Sejak tu, dia mula berjalan sekitar kawasan bandar dan tampal poster anak dia yang hilang.
  • Satu hari, masa tengah tampal poster ada seorang wanita nampak dan beritahu tentang anak dia.
  • Tapi, remaja tu tak kenal mak dia walaupun Li dah cuba berkali-kali untuk ingatkan.
  • Selepas beberapa lama, baru dia panggil Li ‘ibu’ tapi dia taknak ikut pulang ke rumah dan hanya satu perkataan dia sebut berulang kali iaitu ‘anak’.
Zz
sumber: scmp

Rupa-rupanya, tanpa Li ketahui, anaknya tu dah lahirkan tiga orang anak hasil daripada perbuatan jijik keluarga tu. Seorang anak akibat dirogol Deng dan sepasang kembar akibat dirogol anak Deng. Pada mulanya, Li sangka ketiga-tiga anak itu lahir akibat perbuatan rogol anak Deng sampailah remaja tu bagitau dia juga dirogol oleh Deng yang kini berusia 60an.

Remaja tu pula disahkan menghidap schizophrenia disebabkan oleh mental trauma akibat perbuatan dua beranak tu. Dia mengalami kesukaran untuk bercakap dengan orang lain dan kadang kala Li akan nampak anak dia gelak bila berseorangan.

Deng telah ditahan polis dan didakwa dengan tuduhan merogol tapi tak dapat dipastikan berita tentang anak dia tu. Harap dia pun kena tangkap sekali!

Baca: Gadis Diculik Bomoh Selama 15 Tahun Untuk Jadi Gundik Jin

Gunn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.