in

JIJIK! Penduduk Perumahan Di T’ganu Jadikan Jalan Tempat ‘Drive-thru Sampah’ Gara-gara…

Collage 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masalah buang sampah merata ni boleh dikatakan common jugaklah untuk penduduk dekat Malaysia ni. Lebih-lebih lagi bila ada sikap mengharapkan orang lain akan selesaikan masalah sampah yang dibuang merata-rata.


Keadaan ini juga dapat dilihat di satu kawasan perumahan di Terengganu macam yang dikongsikan oleh BERNAMA menerusi Facebook.

Menerusi kapsyen, penduduk di Mengabang Lekor, Kuala Terengganu ini telah membuang sampah dan sisa buangan di sebuah jalan yang menempatkan dua tong sampah besar.

Namun begitu, ekoran kekurangan tong sampah, kawasan tersebut telah dipenuhi dengan sampah sarap sehinggakan penduduk di sana hanya memandu lalu di jalan tersebut sambil campak sampah yang ingin dibuang.

Lebih memburukkan keadaan, penduduk di kawasan ini turut mendakwa pekerja pembersihan hanya mengutip sampah yang diletakkan di dalam tong sampah sahaja hingga menjadikan sisa buangan di kawasan tersebut semakin banyak.

Beberapa penduduk di sana juga dikatakan turut meluahkan kebimbangan mengenai keselamatan mereka kerana terdapat haiwan seperti khinzir dan biawak yang berkeliaran di kawasan tersebut untuk mencari makanan.

Kalau korang tengok gambar-gambar yang dikongsikan ini, dapat dilihat keadaan kawasan di sana yang berselerak sehingga memenuhi kawasan jalan yang menempatkan lebih 100 penduduk ini.

KUALA NERUS : Seorang penduduk membuang sampah di luar tong sampah ketika tinjauan Bernama di sebuah kawasan perumahan…

Posted by BERNAMA on Monday, October 3, 2022

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen merasakan perkara seperti ini berlaku adalah disebabkan kurangnya sifat tanggungjawab daripada kedua-dua belah pihak.

Screenshot 2022 10 04 At 5.08.58 Pm Down

Manakala seorang netizen yang mendakwa sebagai pengutip sampah di kawasan tersebut pula berkata bahawa penduduk di sana sendiri yang menyebabkan keadaan jadi seperti ini kerana bila tong sampah kosong pun masih ada yang buang sampah atas jalan.

Screenshot 2022 10 04 At 5.10.12 Pm

Kalau dah dua-dua pihak pun tak ada sifat tanggungjawab, memang susah nak selesai kes macam ni…

 

Baca: [VIDEO] Suka Hati Buang Sampah Dalam Sungai, Pemandu Lori Akhirnya Ditahan Polis

Screenshot 2022 10 04 At 5.23.26 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.