in

[VIDEO] Suka Hati Buang Sampah Dalam Sungai, Pemandu Lori Akhirnya Ditahan Polis

Buang Sampah Sungai Johor Baru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Membuang sampah ke dalam sungai akan menyebabkan sungai kita tercemar dan sudah menjadi tanggungjawab kita untuk menjaganya.


Baru-baru ini, tular sebuah video yang menunjukkan seorang pemandu lori sedang membuang sampah ke dalam sungai di Pontian.

Whatsapp Image 2022 09 30 At 11.12.31 Am 1

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, suspek telah ditahan di sekitar bandar Pontian selepas pencarian dilakukan selama lebih kurang lima jam pada 7 petang Khamis, 29 September 2022.

Tambah beliau lagi, pihak berkuasa telah melakukan pencarian di kediaman suspek, namun suspek tidak ditemukan di sana.

Pihak polis bertindak untuk menghubungi suspek sebelum berjaya mengesannya untuk melakukan penahanan.

“Apabila ditemui dan ditahan, suspek terus dibawa ke balai polis untuk pemeriksaan serta siasatan. Ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah, namun semakan mendapati dia mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah,” katanya.

Video yang berdurasi 36 saat itu telah tular di laman sosial yang menunjukkan pemandu lori itu memberhentikan kenderaannya dan selamba membuang sampah ke dalam Sungai Wak Rabun, Batu 33, Pontian semalam, menurut Kosmo.

Tindakan lelaki tersebut telah berjaya dirakam oleh orang awam dan dimuat naik di laman aplikasi Facebook sehingga berjaya mendapat perhatian Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Ekoran perkara tersebut, Kamurul Zaman memberitahu, Onn Hafiz menghubungi beliau dan meminta pihak polis membantu mengambil tindakan sewajarnya.

“Saya kemudian mengarahkan Ketua Polis Daerah Pontian untuk mengambil tindakan bagi mengesan suspek. Suspek kemudian dibebaskan dengan jaminan polis selepas dirakam percakapannya diambil,” kata beliau.

Perbuatan membuang sampah dari kenderaan adalah satu kesalahan dan boleh dihukum saman atau dikompaun sehingga RM2,000. Tindakan kompaun juga dibuat terhadap suspek mengikut Rule 52 LN 166/59 selain memandu tanpa lesen GDL, tambah beliau lagi.

Baca : “Baru pandai sorry2” – [VIDEO] Individu Buang Sampah Dari Kereta, Korang Tengok Apa Lelaki Ini Buat…

Pulangkan Sampah Yang Dibuang Video 758X399 1

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.