in

“Jijik! Budak kecik pun dia ganggu” – Pemangsa Pedofilia Semakin Berani ‘Beraksi’ Depan Public

Cabul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kegiatan jenayah seks ke atas kanak-kanak atau pedofilia semakin banyak terjadi.

Malah menurut statistik Bahagian Siasatan Jenayah Seksual Wanita dan Kanak-Kanak Bukit Aman, 326 kes jenayah pedofilia telah dicatatkan antara Julai hingga Disember 2018 berbanding tahun sebelumnya, 271 kes untuk tempoh sama.


Paling banyak berlaku pada mangsa 6 hingga 15 tahun

Menurut laporan Sinar Harian, kes pedofilia paling banyak berlaku ke atas mangsa berusia 13 hingga 15 tahun diikuti enam hingga sembilan tahun.

Dan paling mengerikan, kejadian ini kebiasaannya berlaku di depan mata kita sama ada di kawasan perumahan atau sekolah.

Terbaru, sebuah kes pedofilia telah berlaku dalam sebuah kedai di Bandar Country Home, Rawang, Selangor.

https://twitter.com/999Malaysia/status/1150016013427019777?s=19

Pemangsa gesel badan pada kanak-kanak

Dalam video pendek berdurasi 52 saat, seorang lelaki dilihat menghampiri dua kanak-kanak bawah 12 tahun.

Pemangsa pedofilia itu bertindak menggeselkan bahagian bawah badannya kepada salah seorang kanak-kanak itu.

1 4
sumber: twitter
2 2
sumber: twitter

Dan kedua-dua kanak-kanak terbabit berpakaian sopan dan tak menunjukkan sebarang aksi yang boleh timbulkan keghairahan langsung!

Buka zip terlebih dahulu

Pencabul berkenaan yang lengkap berpakaian dilihat membuka zip seluar terlebih dahulu sebelum memeluk mangsa dari belakang.

Tapi mangsa masih belum sedar kejadian itu pada awalnya.

3 1
sumber: twitter
4 2
sumber: twitter

Lelaki itu kemudiannya kembali buat kali kedua sebelum menghalang dan cuba mencium kanak-kanak berkenaan.

Dah kenapa sebagai seorang dewasa sanggup bertindak macam tu sekali ke atas kanak-kanak?

Dasar jantan keparat!

Tergamak macam mana orang boleh buat macam ni pada seorang budak?

Lebih menyakitkan hati, penjenayah ini berani mencabul mangsa sebanyak dua kali di khalayak ramai!

Cabul 6
sumber: twitter
Cabul 5
sumber: twitter

Jangan biarkan anak, adik, ahli keluarga atau mana-mana kanak-kanak lain menjadi mangsa pedofilia.

Sebagai seorang dewasa, patut kawallah nafsu tu!

Kita juga perlu ajar anak-anak ini perbuatan apa yang betul dan yang mana salah, dan paling penting perlu ajar mereka macam mana nak bertindak kalau berdepan situasi macam ni!

Baca: “Atuk pedo ke apa kau ni?” – Lelaki Belasah Isteri Guna Gergaji Sebab Cucu Taknak Duduk Atas Riba

Whatsapp Image 2019 06 10 At 17.39.29 1

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.