in

“Atuk pedo ke apa kau ni?” – Lelaki Belasah Isteri Guna Gergaji Sebab Cucu Taknak Duduk Atas Riba

Whatsapp Image 2019 06 10 At 17.39.29 1 E1668315413844

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang suami tergamak mengasari isterinya hanya kerana tidak berpuas hati dengan masalah yang sangat remeh. Kejadian tersebut berlaku di Banjar Penarukan, Desa Peninjoan, Kecamatan Tembuku, Bangli pada 7 Jun lalu.


Menurut Radar Bali, I Ketut Jerman telah bertindak mengikut emosi dan membelasah isterinya, Ni Ketut Tampi berusia 58 tahun di rumah mereka. Difahamkan, ketika kejadian Tampi sedang melayan cucu mereka sebelum Jerman memanggil kanak-kanak itu datang duduk di ribanya.

Rumah Pasangan
sumber: radar bali

Menurut Polis Bangli, AKP Sulhadi, Jerman naik darah selepas cucu itu dikatakan tidak mahu duduk di pangkuannya.

Karena cucunya tidak mau datang, akhirnya Jerman bengang dan memarahi cucunya.”

Bukan setakat marah, Jerman juga mahu memukul kanak-kanak tersebut menyebabkan Tampi masuk campur dan cuba menghalang suaminya itu. Tindakan Tampi itu membuatkan Jerman naik darah dan terus bertindak mengasari isterinya.

Jerman tidak boleh terima (dihalang) dan (terus) mengambil gergaji.”

Akibat terlalu ikutkan emosi, Jerman mencengkam rambut Tampi dan terus menghentak kepalanya guna gergaji tersebut! Ketika dipukul, Tampi berusaha untuk menyelamatkan diri dan dalam keadaan kepalanya berlumuran darah, dia terus berlari minta tolong pada jirannya, I Wayan Ngamben, 55 tahun.

Ss
gambar hiasan

Ngamben kemudian segera menghantar Tampi ke hospital untuk mendapatkan rawatan di mana menerima 4 jahitan selepas kulit kepalanya koyak sepanjang 3 sentimeter akibat dipukul. Tidak dinyatakan sama ada Jerman sudah ditahan atau tidak tetapi kes ini dikendalikan oleh polis bahagian Perlindungan Perempuan dan Anak (PPA).

Taknak duduk atas riba pun mengamuk. Hmm mesti ada sebab lain ni…

Baca: Lelaki Dayus Belasah Isteri Sampai Keguguran, Janin Jatuh Terkeluar Dari Rahim!

Janin Terkeluar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.