in

Jerman Usir Dua Rakyat Malaysia Lepas Dapat Tahu Terima Dos Penggalak Berbeza

dos penggalak berbeza diusir dari jerman

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak kerajaan membenarkan rakyat Malaysia melakukan perjalanan ke luar negara tanpa perlu memohon kebenaran lagi, mereka yang berkemampuan telah mengambil kesempatan ini untuk melancong.

Syarat untuk masuk ke mana-mana negara  ni mudah saja, yang penting korang kena ada dua dos lengkap vaksin bersama dos penggalak.


 

Rakyat Malaysia diusir dari Jerman? 

Namun sesuatu tak diduga menimpa dua pelancong dari Malaysia apabila pihak berkuasa negara Jerman telah mengusir mereka keluar dari negara itu setelah mendapati menerima dos suntikan penggalak yang berbeza daripada dos primer lengkap sebelum ini.

Menurut Utusan Malaysia, perkara ini telah disahkan oleh Timbalan Presiden Pertubuhan Gemilang Agensi Pelancongan dan Pengusaha Bas Malaysia (GAPP), Wan Shairi Wan Ahmad yang menjelaskan dua pelakon itu merupakan adik beradik lelaki yang datang ke Eropah untuk bercuti bersama ibu bapa mereka.

einreise und quarantaene bild

Mereka kini juga dilaporkan telah diarahkan pulang dengan menaiki penerbangan TK 1526 pesawat Turkish Airlines dari Dusseldorf yang berlepas petang semalam.

 

Kesal dengan tindakan Jerman, seolah-olah kes pesalah serius 

Jurucakap Interleisure & Event Management Sdn Bhd, Hajah Roslen berkata, dia juga mengesahkan dua orang pesertanya telah diarahkan pulang ke Malaysia dan mengakui kesal dengan tindakan pihak berkuasa Jerman yang mengawal ketat dua pelancong itu seperti mereka kes pesalah yang serius.

Ibu bapa kedua-dua beradik itu walau bagaimanapun berjaya masuk ke Jerman, manakala dua peserta tadi dikatakan terkandas kerana menerima dos penggalak dari Comirnaty dan dos primer jenis Sinovac.

files uruguay health virus vaccine 151201

“Kami tidak pasti jika berlaku salah faham dengan pihak berkuasa Jerman mengenai status dos penggalak, tetapi pengusiran ini amat mendukacitakan kami,” kata Wan Shairi.

Perkara ini telah mencetuskan tanda tanya mengenai status sebenar penerimaan dos penggalak warga Malaysia jika berada di luar negara.

Pun begitu, menerusi hasil semakan di website Kedutaan Besar Jerman di Kuala Lumpur, didapati vaksin jenis Sinovac buatan China tiada dalam senarai diterima di sana.

Negara itu hanya menerima campuran enam jenis vaksin Covid-19 yang diiktiraf sebagai selamat oleh Agensi Perubatan Eropah bagi mengekang penularan tersebut.

Harap pihak KKM boleh beri penjelasan berkenaan hal ini. Kesian pulak dah elok-elok sampai nak travel tiba-tiba kena halau balik. 

Baca: CEO Pfizer Umum Individu Perlu Suntikan Vaksin Dos Keempat Covid-19

pfizer

Sumber: Auswaertiges

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.