in

“Jenis tak menyempat” – [VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Gelagat Monyet Proboscis Tumpang Bot Pemancing

Tak Sabar Punya Monyet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sama seperti manusia, haiwan juga mempunyai rutin hidup yang perlu mereka jalani. Adakalanya haiwan ini juga terpaksa bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain, sebagai contoh untuk mencari makanan atau tempat tinggal yang baru.


Namun gelagat seekor monyet Proboscis iaitu sejenis monyet yang berhidung panjang dirakam menumpang sebuah bot pemancing di sebuah kawasan dekat Sarawak telah mengundang perhatian ramai.

Belum sampai dah terjun dari bot 

Menerusi perkongsian yang viral di Twitter, dapat dilihat seekor monyet Proboscis dikatakan sedang menumpang sebuat bot pemancing di sebuah sungai di Sarawak.

Monyet berkenaan pada awalnya dilihat tenang duduk di sisi bot bersama dua orang penumpang bot yang lain. Namun dek kerana ‘bosan’ lama menunggu untuk tiba ke destinasi, monyet itu dilihat dengan selamba telah terjun ke dalam sungai.

Salah seorang penumpang bot kemudian berkata,

Sabarlah, relakslah belum sampai.” 

Menerusi potongan video yang lain, monyet itu dilihat kembali menumpang bot berkenaan namun dengan gaya yang agak pelik iaitu dengan berpaut pada sebatang kayu daripada bot itu.

Mungkin lelah dengan ‘gaya’ begitu, dia kembali duduk di pinggir bot sebelum terjun semula ke dalam sungai walaupun telah ditegah dua penumpang bot yang memintanya bersabar kerana belum tiba ke destinasi yang dituju.

Selamat sampai destinasi 

Namun korang tak perlu risau kerana monyet berkenaan selamat tiba ke destinasi selepas kembali berpaut pada sebatang kayu dari bot pemancing itu.

Menerusi video itu, dapat dilihat dua pemancing tersebut mengucapkan selamat tinggal kepada si monyet yang kemudian bergerak ke dalam semak samun berhampiran.

“Orang suruh sabar jangan lompat, dia lompat jugak!” 

Video berkenaan telah mendapat lebih 960,000 tontonan dan 13,000 likes serta rata-rata netizen terhibur melihat sikap kurang sabar monyet berkenaan.

Terjun Monyet Air

Sebagai info, monyet Proboscis yang tinggal di hutan sekitar Borneo ini memang terkenal dengan kebolehan berenang dan mempunyai keupayaan menyelam sejauh 20 meter ke dalam air.

Ia bergerak menggunakan keempat-empat kaki dan melompat serta boleh terjun dari dahan terus ke dalam air.

Fuh jadi memang tak ada masalah lah untuk monyet ini berenang kan? Cuma mungkin dia penat kot hari tu, sebab tu dia tumpang bot. 

Baca: “Jangan takut abang ada” – [VIDEO] Wartawan Tengah ‘Live’ Selamatkan Kanak-kanak Dikejar Monyet

Nyet

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.