in

[VIDEO] Nak Elak Ditahan JPJ, Lelaki Sanggup Tinggalkan Tunang Di Jambatan Pulau Pinang

Tunang Ditinggalkan Jpj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gara-gara kelam kabut mahu melarikan diri daripada sekatan Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, seorang lelaki sanggup meninggalkan tunangnya yang terjatuh dari motosikal, malam tadi.


Memetik sumber Malaysia Gazette, kejadian jam 9.45 malam itu menyebabkan gadis berusia 20-an itu mengalami kecederaan ringan di tangan dan kaki.

Difahamkan, gadis tersebut telah melarikan diri sebelum pihak JPJ memberikan rawatan awal.

@amirulainul4788

♬ Just A Kiss (Muah) – Enisa

Menurut Pengarah JPJ Pulau Pinang, Adenan Md Isa, pasangan yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC135 diarahkan berhenti bagi membolehkan pihaknya melakukan pemeriksaan menerusi Ops Motosikal Khas di lorong motosikal Jambatan Pulau Pinang sempena Tahun Baharu Cina.

Namun, ketika penguat kuasa mengarahkan penunggang membuat lencongan untuk pemeriksaan lanjut, lelaki tersebut bertindak melarikan diri dengan membuat pusingan U.

Tindakan lelaki itu membuatkan pembonceng terjatuh daripada motosikal yang dinaiki mereka. Malah, lelaki itu terus memecut laju motosikal tanpa mempedulikan tunangannya itu.

Penguat kuasa sempat menyoal siasat gadis terbabit, mengatakan lelaki tersebut tunangnya dan mereka dalam perjalanan dari Seberang Perai ke pusat bandar.

Dalam pada itu, pihaknya tidak menolak kemungkinan lelaki itu mungkin tiada lesen memandu atau tiada cukai jalan memandangkan dia tidak menghentikan motosikal meskipun tunangnya terjatuh.

Agaknya apalah nasib si lelaki lepas tinggalkan tunang begitu je

Baca: “Lama teringin nak jejak situ” – Lelaki Bongkar ‘Pulau Misteri’ Di Sebelah Jambatan Pulau Pinang

Pulau Kezambo 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.