in

“Jawab pun sarkastik” – Pelanggan Dakwa Layanan Restoran Pak Mat Western Tak Seindah Marketing

pak mat western

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jenama makanan sejuk beku Pak Mat Western menjadi kegilaan ramai kerana kesedapannya, malah ramai juga yang teruja dengan cara pemasaran mereka dengan menggunakan selebriti serta ikon-ikon terkenal negara seperti Lisa Surihani, Beto Kusyairy serta Khairy Jamaluddin.

Jenama tempatan ini juga ada mempunyai beberapa cawangan restoran dan sering padat dengan pengunjung, namun baru-baru ini tular sebuah video yang mendakwa layanan staff di salah sebuah kafe mereka amat teruk.


Artikel berkaitan: “Bukan kaleng-kaleng” – Netizen Puji Pak Mat Western Tampilkan Tun M ‘Review’ Kambing Perap

Artikel berkaitan: “Istanbul Aku Datang Chapter 2?” –  Lisa Surihani & Beto Kusyairy Buat Netizen ‘Throwback’

https://www.tiktok.com/@akumemehati/video/7319515647300455682

Menyifatkan layanan diberikan seperti ‘sampah’, pengguna TikTok @akumemehati ini meluahkan rasa kecewanya apabila dia diberikan layanan buruk dan tidak semenggah seperti yang digembar-gemburkan di media sosial.

“Haritu nak dijadikan cerita diorang salah bagi air, aku pergi lah tegur siap aku bangun sendiri dari lagi dari meja kat tempat diorang masak tu, sebabkan diorang busy.

Lepas tu diorang balas, ‘oh sini bukan tempat buat air sini tempat makanan’ mana lah aku nak tahu, first time datang situ,” tulisnya.

Malah, individu tersebut turut memberitahu staff di situ membuat mimik muka ‘menyampah’ dan tidak meminta maaf atas kesalahan mereka, ibarat pelanggan pula yang bersalah.

Pelanggan itu juga berkata dia dimarah kerana tidak mengetahui prosedur memesan makanan di situ.

Ish, kesiannya!

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.