in

“Jauhnya!” -[VIDEO] Botol Sampah Negara Jiran ‘Merantau’ Sampai ke Pulau di Johor, Pemuda Beri Pesanan

Ft Pulau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang indah dan amat bernilai untuk kesejahteraan kehidupan yang perlu dijaga. Dalam pada itu, terdapat kumpulan-kumpulan yang menjaga alam sekitar telah ditubuhkan salah satunya Tengah Island Conservation di Johor.


Team Tengah Island Conservation yang menjalankan aktiviti pembersihan pantai, pemantauan penyu dan hatcheri, pemantauan terumbu karang dan rumpai laut dan pemantauan keluang akan terus bergiat aktif dalam menjaga ekosistem di kawasan marine walaupun tidak ada pelancong yang datang.

“Jauhnya travel

Semalam, dalam perkongsian team tersebut, mereka telah memuat naik video di akaun Tiktoknya yang menunjukkan koleksi botol air dari negara- negara jiran yang dijumpai mereka di Pantai Goal, Johor.

@tengahislandconservation

Kalau sampah dari negara lain smpai sini, sampah kita sampai dimana agak2? #conservation #beachlife #fyp #beachcleanup

♬ original sound – tengahislandconservation – tengahislandconservation

Kumpulan tersebut yang diberi nama sempena nama tempat di Johor iaitu Pulau Tengah, Mersing kali ini mereka menjalankan aktiviti pembersihan pantai di Pulau Goal. Tapi apa yang mengejutkan adalah botol-botol sampah yang dikutip di persisiran pantai itu bukan semua berasal dari Malaysia.

Menurut mereka, beberapa botol tersebut merupakan botol yang hanyut dari negara-negara yang berada di sekitar Malaysia. Walaupun korang fikir macam tak logik, sebenarnya sampah-sampah yang ada di laut mampu ‘merantau’ beribu-ribu kilometer.

Sampah yang dibuang itu boleh merantau jauh merata-rata, jikalau betul tempat buangnya, maka tidak akan sampainya ke sini”.

I’m sorry Malaysia”

Video yang dimuat naik semalam telah mendapat lebih daripada satu juta tontonan di Tiktok. Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen sangat terkejut dan tidak menyangka botol-botol tersebut mampu pergi sejauh itu.

Ada juga netizen yang mewakili negara mereka meminta maaf atas apa yang berlaku. Mereka juga kagum dengan aktiviti yang dijalankan oleh team tersebut.

Antara komen yang min tertarik untuk berkongsi:

Komen Botol

Mereka sudah menjelaskan bahawa video yang dimuat naik bukanlah untuk menuduh mana-mana pihak, hakikatnya sekadar nak beri pesanan pada semua.

Kan pihak berkuasa dah sediakan tong sampah, tu pun nak buang merata-rata lagi.

Baca: “Cakap dengan orang kaya elok elok” – Gara-gara Menghina Polis 2 Wanita Disaman RM9000

Oraang Kaya E1631247944419

Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.