Isu Aisyah nampaknya seolah-olah masih belum menemui penghujungnya apabila penyanyi lagu Janji Manismu ini menzahirkan rasa terkilan melalui Instagram miliknya.
Biarpun tuntutannya telah diterima, juara program realiti Gegar Vaganza musim ke 4 ini ‘speechless’ kerana hadiah tersebut boleh dikatakan ‘indah khabar dari rupa’.
Tangguh Lebih Setahun, Tanah Dijanjikan Bukanlah Lot Banglo
Tak taulah nak nangis ke nak ketawa, dahlah susah payah nak tuntut hadiah, siap dengan maki hamunnya, minta tangguh lebih setahun, sekarang diberitahu yang tanah yang dijanjikan bukanlah bungalow lot!!! Tapi tanah yang lebih kecil. – Aisyah
Umumnya, Aisyah telah dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza musim lepas, kebanyakan hadiah yang dituntut tidak menepati seperti mana yang telah dijanjikan kepada pihak pinyaran.
Antaranya, menerima barang kemas tiruan, kontroversi mengenai kesahihan barang kemas tersebut telah menyebabkan perbalahan antara dirinya dengan salah seorang penaja program tersebut Dato’ Vida.
“Katanya itulah perjanjian dengan badan penyiaran. Wow!!! Hampir setahun baru nak bagi tahu?? So yang diwar-warkan dalam tv tu tak betullah ye?”
Terbaru pula, tanah lot banglo yang dijanjikan baru sahaja diterima setelah setahun lebih bertangguh. Namun begitu, hanya indah khabar dari rupa sahaja apabila tanah tersebut tidak menepati ciri-ciri sepertimana yang telah dijanjikan.
Menurutnya, pihak penaja sengaja nak berdalih dan cuba memutar belitkan perjanjian mereka kerana apa yang telah dijanjikan tak sama dengan apa yang telah diterima
Tahun lepas, Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin telah diumumkan sebagai juara Gegar Vaganza 4 (GV 4). Aisyah berjaya merangkul wang tunai RM100,000 tajaan Astro dan Qu Puteh, sebidang tanah lot banglo sumbangan Bina Megah Empire dan pakej percutian ke Eropah Timur sumbangan selamatbercuti.com.
Penyanyi lagu Camar Yang Pulang itu turut membawa pulang barangan kemas sumbangan DSC Gold & Jewelry, baucer membeli-belah bernilai RM6,000 sumbangan Go Shop dan piala Gegar Vaganza.
Sumber : Instagram Aisyah, Gempak
Baca : 21 Kontroversi Artis Menggemparkan Industri Hiburan Tanah Air Sepanjang 2017