in

Janna Nick Bengang Jiran Cabut Bulu Kucingnya & Ugut Nak Sembelih?

Collage 13

Tak terbayang betul macam mana orang boleh tergamak nak cederakan kucing hanya sebab dorang tak suka diganggu. Banyak lagi cara lain yang lagi berperikamanusiaan nak halau kucing.

Macam baru-baru ni menerusi Instagram Story, pelakon dan pengacara Janna Nick telah meluahkan rasa bengang dan kecewa dengan perangai jirannya yang dikatakan telah mendera kucingnya.

“Tak tahulah dia cucuk rokok ke sampai tercabut bulu kucing aku”

Menurut Janna, jirannya telah mencabut bulu kucingnya sehingga nampak seperti ada kesan kemerah-merahan serta mengugut untuk sembelih kucingnya itu.

Screenshot 2022 04 07 At 3.05.41 Pm

Tambah Janna lagi, sebelum ini kucingnya itu pernah disimbah air sehingga bulunya basah kerana jirannya bengang kucing tersebut berkeliaran di kawasan rumahnya.

Sebab I jarang kat rumah. So I rasa kucing I selalu pergi dekat rumah dia tu yang dia nak warning. Dulu dia pernah simbah air dekat kucing I sampai basah. Tapi kalau basah air tu kita fahamlah tapi kalau sampai kau pergi cabut bulu kucing aku tu, dah kenapa?”

Janna turut mengatakan yang kucing-kucingnya itu tak akan membuang di rumah orang kerana semua kucingnya telah dilatih.

Screenshot 2022 04 07 At 3.07.27 Pm

Dalam perkongsian ini juga, Janna turut dilihat menangis melihat keadaan kucingnya yang cedera dan mengatakan yang dia bakal membuat laporan atas tindakan kejam jirannya itu.

Screenshot 2022 04 07 At 3.07.57 Pm

Jangan ingat bunuh/dera kucing tak ada akta dalam dunia ni. Jangan jadi bodoh.”

Kalau korang tengok dari video yang dikongsikan oleh Janna, dapat dilihat kucing kesayangannya itu pun dilihat macam takut bila didekati.

Aduhai kenapalah sampai nak buat macam tu. Kesian kucing tu. 🙁

 

Baca: “Malu lah macam ni…” – Janna Nick Frust Teman Lelaki Jadi ‘Perempuan’ Untuk Promote Skincare

Collage 74