Baru-baru ini, teman lelaki Janna Nick, Dini Schatzman ada memuat naik video berpenampilan seperti seorang wanita untuk mempromosikan produk kecantikan.
Kerana ini, ramai netizen telah menyuarakan rasa bimbang mereka dengan perlakuan pelakon yang baru meningkat naik ini.
“I’m Dahlia, call me Dee”
Dalam video ini, Dini kongsikan yang sebelum ini dia pernah mengalami masalah kulit namun dengan beberapa perubahan gaya hidup yang dibuat dan dibantu oleh produk kecantikan yang dipromosikannya dia kini dapat jadi flawless.
Di ruangan komen lelaki ini, ramai netizen telah menyatakan rasa kurang senang mereka dengan cara Dini yang berpakaian menyerupai wanita ini. Malah, Janna Nick juga turut tinggalkan komen mengatakan yang dia patah hati dengan tindakan kekasihnya ini.
“Malulah macam ni Dini”
Janna juga turut memuat naik beberapa luahan di IG story miliknya dan turut mengatakan yang dia malu dengan perbuatan teman lelakinya itu.
Untuk pengetahuan korang, ini bukan kali pertama Dini berpakaian wanita seperti ini, sebelum ini, pelakon ini ada kongsikan videonya memakai rambut palsu. Namun, ketika itu Janna dilihat menyokong tindakan teman lelaki kacukan Melayu-Switzerland itu.
Tak dapat dipastikan adakah semua ini hanyalah gimik dari pasangan kekasih ini atau Janna memang tak suka dengan penampilan yang dibuat oleh Dini ini.
Korang rasa macam mana?