in

“Janganlah jadi batu api” – Faizal Tahir Tempelak ‘Statement Panas’ Lelaki Ini Pasal Vaksin

Faizal Tahir Vaksin Covid 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketika kes Covid-19 sedang melonjak naik ini, pastinya ramai yang mengharapkan mereka menerima vaksinasi secepat mungkin sebagai satu alternatif melindungi diri mereka disamping  ia menjadi satu kaedah dalam membantu dalam mengurangkan kes.


Namun begitu, muncul pula puak-puak yang mempertikaikan penerimaan vaksinasi ini, lebih dahsyat lagi apabila Faizal Tahir ada kongsikan satu kenyataan ‘pedih’ yang membuatkan dirinya mengeluh kerana individu itu mendakwa vaksin ini adalah najis.

 

Itu hak masing-masing dan niat masing-masing hanya Allah yang tau. Tapi janganlah jadi batu api – Faizal Tahir

Menerusi perkongsiannya di Instagram, ada individu menegur penerima terutamanya beragama islam tidak perlu berbangga kerana mendapat vaksin, jelas individu tersebut, ini kerana bahan suntikan itu adalah bahan-bahan syubhah (meragukan) dan boleh dikategorikan sebagai najis.

Dalam pada itu, individu tersebut turut menyamakan sesuatu perkara yang menjadi pantang larang dalam islam dan katanya ini kerana satu-satunya ikhtiar pakar perubatan dan agama untuk tangani pandemik itu kerana tiada cara lain.

Susulan dengan kenyataan itu, Faizal Tahir menyatakan bahawa ia adalah hak penerima vaksin tersebut jika ingin melakukan perkara sedemikian.

Nasihatnya lagi, tak perlu mengeluarkan kenyataan teguran yang seolah-olah ingin menakut-nakutkan dan jadi penyebab yang menghalang orang dari terus berikhtiar untuk membuat sesuatu yang dirasakan baik untuk diri mereka.

“Orang nak vaksin atau tidak, nak bergambar atau nak berzumba setelah divaksin, itu hak masing-masing dan niat masing-masing hanya Allah yang tau.”

“Tapi janganlah jadi batu api, menakut-nakutkan orang, dan jadi penyebab yang menghalang orang dari terus berikhtiar untuk membuat sesuatu yang dirasakan baik untuk dirinya. Islam itu indah untuk orang yang berfikir.”

 

Mufti sifatkan vaksin bukan najis

Dr Maza Jelaskan Vaksin Tak Haram

Untuk rekod, Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin  pernah mengeluarkan satu kenyataan  menerusi Astro Awani bahawa dalam menghasilkan sesuatu produk perbuatan seperti vaksin akan ada satu proses yang dinamakan istihalah

Ia adalah “menghilangkan sifat asal, maka hukum ‘haram’ pada bahan asal tidak boleh dipakai lagi pada produk akhir bahan tersebut kerana telah bertukar ke bahan yang lain.”

Beliau juga turut memberikan contoh klasik iaitu,

“Kasturi yang berasal dari darah kijang tidak dianggap najis kerana telah bertukar sifatnya.”

Untuk memperkukuhkan lagi, ada fatwa menyatakan sesuatu bahan ini akan jadi halal jika bahan tambahan yang mengandungi sebatian yang berasal dari bahan haiwan yang tidak halal.

Jelasnya mengenai vaksin Covid-19 ini, seandainya bahan asal yang terkandung itu adalah haram, proses perubahan kimia dalam penghasilannya itu adalah istihalah yang menjadikan ia bersih dan halal.

 

Baca : “Jika pun ada bahan asal yang haram…” – Deep! Mufti Perlis Perjelas Kenapa Vaksin Covid-19 Tak Perlu Diragukan

Maza 1 E1607136161197

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.