in

“Jangankan katil ICU, katil pun tiada” – Doktor Papar Realiti Berlaku di HKL, Situasi Dilihat Makin Parah

Hkl Penuh Wad Bergelimpangan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seringkali kita lihat situasi hospital di negara seperti India yang kelam kabut dan terlalu ramai dengan pesakit. Kadang-kadang situasi jadi tak terurus sehingga ada pesakit yang tiada katil dan lain-lain lagi.


Namun tidak kita jangka rupa-rupanya perkara yang sama hampir berlaku di hospital di negara ini.

Menerusi perkongsian seorang doktor bernama Shuli PB di Facebook, situasi perit ini dipaparkan berlaku di emergency department Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang mana mereka mengalami kekurangan dari segi katil sehingga terpaksa merawat pesakit di atas lantai.

Obj16453902 1563187307

Menurut doktor ini, HKL perlahan-lahan bakal berubah menjadi seperti India jika COVID 19 di negara ini tidak dikawal dengan baik.

Pray for HKL. 

“Kita sedikit demi sedikit bakal mengikut jejak langkah India. 

“Ini adalah kebenaran (kebanyakan rakyat Malaysia tidak tahu) yang berlaku di ED HKL. 

“Jangan katil ICU, katil pun tiada. Kanvas habis. Pesakit berada di atas lantai,” katanya.

Malah menerusi gambar yang dikongsikannya, doktor itu juga dilihat merawat pesakit COVID 19 di atas lantai kerana ketiadaan katil. Jika pesakit tidak dirawat dengan secepatnya, ia bakal mengalami masalah pernafasan yang akan membawa maut.

Perkongsian ini telah mendapat 8.8k shares dan 2.5k likes yang mana rata-rata netizen sangat risau dengan situasi yang dialami hospital-hospital di Malaysia kini.

Diharapkan para menteri dan pihak atasan dapat memandang serius akan situasi yang berlaku di HKL dan pihak berwajib menghulurkan bantuan yang perlu untuk kegunaan hospital serta pesakit. 

Baca: “Besar pengorbanan frontliners” –  Pikul Keranda Mangsa COVID 19 Sejauh 1KM, Netizen Simpati Nasib Kakitangan KKM

Keranda

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.